fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: (Tazkirah) : 5 perkara rosakkan akidah Muslimah

Thursday, April 28, 2011

(Tazkirah) : 5 perkara rosakkan akidah Muslimah



Menurut Dr Aidh Al-Qami dalam sebuah coretannya khusus buat Muslimah bertajuk As'Ad Al-Mar'ah Fil Alam (Tip menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,

"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri".


Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?

Segala-galanya menerusi hati!

Jangan resah dan gelisah -
Usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.

Jangan sedih dan berasa derita -
Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa, dan mohonlah pertolongan dari-NYA.

Jangan lemah dan malas -
Aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah.

Jangan banyak berhutang -
Nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.

Jangan kedekut dan pengecut -
Rezeki yang ALLAH beri bukan milik peribadi kerana ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan ALLAH juga bergantung kepada keredhaan mereka.


Baginda s.a.w. mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara di atas:


"Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan dan tekanan orang".


Amin...


 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...