fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: (Info) : Ilmu Firasat Melayu - Warna Kesukaan Cermin Keperibadian

Sunday, April 10, 2011

(Info) : Ilmu Firasat Melayu - Warna Kesukaan Cermin Keperibadian



Assalamualaikum.. ;)


Selamat berujung minggu buat saya juga kalian semua.. Hari yang ditunggu-tunggu tiba dan pergi.. Setelah ber'hectic'an berhari-hari, masa rehat la pulak... Camne ek kalo tukar sabtu ahad weekdays n isnin sampai jumaat weekend? Ish, cam tak kena pulak.. Mane maunyerr.. Eh, bukan topik kat sini nak cakap pasal hinggu minggu, saje mukadimah sebelum menidurkan diri.. 

Tengok tajuk pun da tahu saya nak berbicara pasal ape.. pasal warna lerrr... Sebenarnya bukan ape, saje suka-suka.. Yela, da nama orang melayu.. Nak lari ke mana dengan firasat-firasat bagai.. Orang jaman-jaman nenek moyang memang laris dengan benda-benda camni...Ni belum masuk pantang larang lagi.. Memang tak berabis... Melayu la katakan..

Meh teman terangkan bagai, kome bace yerr...


Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang lelaki yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesionalnya.a.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia juga melambangkan bahawa seseorang lelaki dapat menyelesaikan kerja-kerjanya.
Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa peribadinya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkaitan dengan tenaga seksual dan juga kemarahan.

Merah Jambu
Ia adalah campuran merah dan putih, melambangkan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren 
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu tetapi bagi sesetengah lelaki, ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau
Warna ini adalah campuran kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkaitan dengan pertumbuhan dan pembiakan. Dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Lelaki yang gemar warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat ‘sofistikated’ dan boleh menyesuaikan diri dengan cepat.

Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai masa depan yang cerah. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar kerap memilih warna coklat termasuk untuk pakaian, kereta mahupun bilik tidur.





Haa, dah bace?  Kalian suke warna ape? Ish, tanye kite pulak.. Kite suke warna warni cam pelangi tu.. Eh, banyak pulak cam tak sesuai je.. Yela-yela main-main je.. Ok-ok nak gtaula ni... Ce tengok warna font yang kite gune ni haa.. Dah sah-sah kite suke warna coklat..

Ce review balik, naikkan balik skroll.. Naik sikit je sebab warna coklat yang paling last.. Haa memang kenala tu...Hikss...

Diingatkan ye, post ini saje-saje diterbitkan.. Bukanla nak percaya, tapi kalo ade yang sama tu, itu hanyalah kebetulan.. Orang da kaji kan.. Ada betulnye, ade sebaliknye...Hee





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...