fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: (Info) : Beza antara epal hijau dan epal merah

Thursday, April 28, 2011

(Info) : Beza antara epal hijau dan epal merah



Assalamualaikum ;)



Eh hai... Lame xbersua kan.. Ala, xkan nak jumpa selalu kot.. Kan naik jemu pulak.. Lama-lama, bagi peram rindu sket, xgitu?
Haaa, ni saya nak mengkabokan kasiyat epal pulak.. Sape xsuka makan epal, bukan macam saya, xyah angkat tangan.. Meh saya nak bisik sket.. "Epal ni sedap woooo, rugi xmakan".


Buah-buahan kan bagus.. Tukarkan life style tu, buah-buahan as a snack plak.. Beli banyak-banyak, letak lam fridge.. Di kesempatan ni, terima kasih kepada pembekal buah-buahan coz lam fridge ada je buah. Bukak peti nampak epal hijau, bukak peti esknya nampak epal merah, esknya nampak peer dan begitulah hari seterusnya.. Tu yang bukak selang sejam tu.. Nasik da xcarik..Mane xkurus slim cute ni...

K, udah-udah merepek bagai.. Sebenarnya dua-dua epal ni xjauh bezanya kecuali warna dah terang2 xsama kan.. Meh jentik minda dengan info epal-epal ni..



Epal Hijau




Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. 
 



Epal Merah



 Kandungan serat dalam epal merah sekitar 2 gram per 100 gram bahan. Epal merah mengandungi serat yang larut dalam air, asam organik, dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandungi pektin (termasuk serat makanan yang larut dalam makanan) yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, membantu menghalangi karies gigi dan gusi), menurunkan kadar kolesterol, dan meningkatkan HDL (high density lipoprotein)

Quercetin dalam epal berperanan sebagai anti kanser kerana dapat memberikan kesan perlindungan dalam melawan penyakit. Quercetin juga boleh digunakan untuk melindungi oksidasi lemak sehingga dapat melindungi hati terhadap kerosakan oksidatif. Epal juga mengandungi catechin yang berfungsi untuk mencegah pembentukan tumor usus dan melambatkan serangan tumor, memperkuat ginjal, membantu menurunkan berat badan (kerana ia boleh mengurangi nafsu makan), menstabilkan gula darah, serat baik untuk terapi kecantikan.





 Vahh betapa kasiyatnye epal ni..
Aiii, bab2 cantik ni xkan xtergoda lagi kot? Senang je, amalkan petua kat atas tu.. Baik epal hijau n merah.. Da macam trefik lite pn ada haa.. Kuningnye kite tgh2.. Makan satu2.. Im done ! U?


Sekian.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...