fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: April 2011

Thursday, April 28, 2011

(Info) : Kita ni bagus sangat ke ??



Assalamualaikum...


Am I good enough ???

Kita seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.
Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita pun masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri kita sendiri. Ya, memang itu hakikatnya..

Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak akan berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Kita cakap itu ini, tapi kita sebaliknya..(Orang akan cakap belakang, x ke timbul fitnah). Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Nobodys perfect. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. So funny hahaha.. Kita ingat diri kita sudah sehabis sempurna sehinggakan dok sibuk lihat kekurangan orang lain.. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Percayalah..Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?

Pertama: Start with you! Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.


Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.


Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.


Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.
Yang penting kesabaran mesti melebihi segalanya.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.


Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.


"Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberikan manfaat kepada manusia lain."


 

(Tazkirah) : 5 perkara rosakkan akidah Muslimah



Menurut Dr Aidh Al-Qami dalam sebuah coretannya khusus buat Muslimah bertajuk As'Ad Al-Mar'ah Fil Alam (Tip menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,

"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri".


Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?

Segala-galanya menerusi hati!

Jangan resah dan gelisah -
Usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.

Jangan sedih dan berasa derita -
Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa, dan mohonlah pertolongan dari-NYA.

Jangan lemah dan malas -
Aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah.

Jangan banyak berhutang -
Nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.

Jangan kedekut dan pengecut -
Rezeki yang ALLAH beri bukan milik peribadi kerana ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan ALLAH juga bergantung kepada keredhaan mereka.


Baginda s.a.w. mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara di atas:


"Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan dan tekanan orang".


Amin...


 

(Tazkirah) : Yakin adanya 'hari itu'



" Orang yang faham bahawa umur dunia singkat, harta dunia sedikit, perlakuan dan perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti, maka ia tidak akan bersedih dan berputus asa tentang apa sahaja yang berhubung dengannya..."


....Usahlah bersedih walau apa sahaja yang luput darimu
berupa keduniaan. Bukankah kita mempunyai 'rumah lain'
yang mulia, kekal, besar dan indah? Itulah rumah akhirat.
Pujilah ALLAH, kerana pastinya ada hari pertemuan dengan
Yang Maha Esa...


"Peristiwa lalu adalah mimpi, hari ini adalah realiti dan hari esok adalah harapan indah..."

 

(Info) : Beza antara epal hijau dan epal merah



Assalamualaikum ;)



Eh hai... Lame xbersua kan.. Ala, xkan nak jumpa selalu kot.. Kan naik jemu pulak.. Lama-lama, bagi peram rindu sket, xgitu?
Haaa, ni saya nak mengkabokan kasiyat epal pulak.. Sape xsuka makan epal, bukan macam saya, xyah angkat tangan.. Meh saya nak bisik sket.. "Epal ni sedap woooo, rugi xmakan".


Buah-buahan kan bagus.. Tukarkan life style tu, buah-buahan as a snack plak.. Beli banyak-banyak, letak lam fridge.. Di kesempatan ni, terima kasih kepada pembekal buah-buahan coz lam fridge ada je buah. Bukak peti nampak epal hijau, bukak peti esknya nampak epal merah, esknya nampak peer dan begitulah hari seterusnya.. Tu yang bukak selang sejam tu.. Nasik da xcarik..Mane xkurus slim cute ni...

K, udah-udah merepek bagai.. Sebenarnya dua-dua epal ni xjauh bezanya kecuali warna dah terang2 xsama kan.. Meh jentik minda dengan info epal-epal ni..



Epal Hijau




Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. 
 



Epal Merah



 Kandungan serat dalam epal merah sekitar 2 gram per 100 gram bahan. Epal merah mengandungi serat yang larut dalam air, asam organik, dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandungi pektin (termasuk serat makanan yang larut dalam makanan) yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, membantu menghalangi karies gigi dan gusi), menurunkan kadar kolesterol, dan meningkatkan HDL (high density lipoprotein)

Quercetin dalam epal berperanan sebagai anti kanser kerana dapat memberikan kesan perlindungan dalam melawan penyakit. Quercetin juga boleh digunakan untuk melindungi oksidasi lemak sehingga dapat melindungi hati terhadap kerosakan oksidatif. Epal juga mengandungi catechin yang berfungsi untuk mencegah pembentukan tumor usus dan melambatkan serangan tumor, memperkuat ginjal, membantu menurunkan berat badan (kerana ia boleh mengurangi nafsu makan), menstabilkan gula darah, serat baik untuk terapi kecantikan.





 Vahh betapa kasiyatnye epal ni..
Aiii, bab2 cantik ni xkan xtergoda lagi kot? Senang je, amalkan petua kat atas tu.. Baik epal hijau n merah.. Da macam trefik lite pn ada haa.. Kuningnye kite tgh2.. Makan satu2.. Im done ! U?


Sekian.. 

Friday, April 22, 2011

(Info) : Apa itu kilat dan petir



Assalamualaikum.... ;)


Lately ni asyik hujan je kan, tapi xpe, hujan membawa rahmat... Tapi tula nak kemane agak payah skit kalo hujan.. The best way duduk rumah je sambil baca2 blog.. Apa susah, payungkan ada huuu.. Macam2 jenis hujan ada cth hujan asam, hujan asid, hujan curah,hujan manik Kelantan, hujan perolakan , hujan siklon, hujan batu dan selebihnya sila rajinkan diri anda cek kat uncle Goog ye mane la tahu kot2 ada yang nak buat research ke ape kan..

Ni die doa kalau hujan turun, ok tadah tangan baca sama-sama anak-anak mak..


Aminnnnn..





Saya memang suka sangat tengok hujan nak2 tengok petir.. Nampak cantik sangat.. Pas tengok cepat-cepat tutup mata sbb takut..Dah petir kilat sah-sah pas tu guruh menyambung.. Woaaa cam langit mengaumm pun ada.. 

Meh anak-anak mak cepat-cepat kita baca doa ni...Tadah tangan sume...


Aminnn....



Ok.. Lets go to the subjects..

Apa itu kilat?

Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh.

Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah.


Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.




Apa itu petir?

Petir atau halilintar adalah gejala alam yang biasanya muncul pada musim hujan di mana di langit muncul kilatan cahaya sesaat yang menyilaukan biasanya disebut kilat yang beberapa saat kemudian disusul dengan suara menggelegar sering disebut Guruh. Perbezaan waktu kemunculan ini disebabkan adanya perbezaan antara kecepatan suara dan kecepatan cahaya.
Petir merupakan gejala alam yang bisa kita analogikan dengan sebuah kapasitor raksasa, dimana lempeng pertama adalah awan (boleh jadi lempeng negatif atau lempeng positif) dan lempeng kedua adalah bumi (dianggap neutral). Seperti yang sudah diketahui kapasitor adalah sebuah komponen pasif pada rangkaian listrik yang boleh menyimpan energi sesaat (energy storage). Petir juga dapat terjadi dari awan ke awan (intercloud), dimana salah satu awan bermuatan negatif dan awan lainnya bermuatan positif.


Petir terjadi kerana ada perbezaan potensial antara awan dan bumi atau dengan awan lainnya. Proses terjadinya muatan pada awan kerana ia bergerak terus menerus secara teratur, dan selama pergerakannya ia akan berinteraksi dengan awan lainnya sehingga muatan negatif akan berkumpul pada salah satu sisi (atas atau bawah), sedangkan muatan positif berkumpul pada sisi sebaliknya. Jika perbezaan potensial antara awan dan bumi cukup besar, maka akan terjadi pembuangan muatan negatif (elektron) dari awan ke bumi atau sebaliknya untuk mencapai keseimbangan. Pada proses pembuangan muatan ini, media yang dilalui elektron adalah udara. Pada saat elektron mampu menembusi ambang batas isolasi udara inilah terjadi ledakan suara. Petir lebih sering terjadi pada musim hujan, kerana pada keadaan tersebut udara mengandung kadar air yang lebih tinggi sehingga daya isolasinya turun dan arus lebih mudah mengalir. Kerana ada awan bermuatan negatif dan awan bermuatan positif, maka petir juga bisa terjadi antar awan yang berbeza muatan.







Oooo.... Yeke baru tahu harini.. Terima kasih kepada sumber2 info.. Semoga sama-sama mendapat kebaikan...


That day saya keluar n kebetulan duk menunggu2 dan2 zasss petir n kilat lalu tanpa memberi salam. Saya agak kaget sebentar disitu.. Hujan xturun lagi, baru nak bagi hint supaya kite cepat2 sediakan payung sebelum hujan.. Dan2 asyik tengok kilat, hp berbunyi n saya angkat.. Belum apa2 cakap lagi cepat2 saya bertazkirah; "Nanti2 call balik, petir kilat guruh ni takut nak cakap tepon" (dlm satu napas). Kang kena sambar xpasal2.. Uihh jauhkanlah... Xsampai beberapa minit, hujan dengan lebatnya turun.. Memang kalut lencun sume..

Yang penting jangan main hujan.. Nak2 hujan yang baru turun tu, berasid.. dah lame2 hujan xpelah nak g membasahkan diri.. 





Sekian karangan UPSR saya...



Monday, April 11, 2011

(Video) : Nikmat cinta selepas kahwin




 




Carilah cinta Allah...
Cinta hakiki...



Sunday, April 10, 2011

(Tazkirah) : Nothing? But it is there :)


Assalamualaikum...

Someone mailed me.. Siryesly, am speechless. Wanna know? Checkitout same-same...
Subhanallah, segala puji hanya bagi NYA..



" Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). "


~ Surah Al-Mulk,67: 3-4 ~










































Indahnya ciptaan NYA..

Did u found something?? 

(Info) : Ilmu Firasat Melayu - Warna Kesukaan Cermin Keperibadian



Assalamualaikum.. ;)


Selamat berujung minggu buat saya juga kalian semua.. Hari yang ditunggu-tunggu tiba dan pergi.. Setelah ber'hectic'an berhari-hari, masa rehat la pulak... Camne ek kalo tukar sabtu ahad weekdays n isnin sampai jumaat weekend? Ish, cam tak kena pulak.. Mane maunyerr.. Eh, bukan topik kat sini nak cakap pasal hinggu minggu, saje mukadimah sebelum menidurkan diri.. 

Tengok tajuk pun da tahu saya nak berbicara pasal ape.. pasal warna lerrr... Sebenarnya bukan ape, saje suka-suka.. Yela, da nama orang melayu.. Nak lari ke mana dengan firasat-firasat bagai.. Orang jaman-jaman nenek moyang memang laris dengan benda-benda camni...Ni belum masuk pantang larang lagi.. Memang tak berabis... Melayu la katakan..

Meh teman terangkan bagai, kome bace yerr...


Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang lelaki yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesionalnya.a.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia juga melambangkan bahawa seseorang lelaki dapat menyelesaikan kerja-kerjanya.
Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa peribadinya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkaitan dengan tenaga seksual dan juga kemarahan.

Merah Jambu
Ia adalah campuran merah dan putih, melambangkan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren 
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu tetapi bagi sesetengah lelaki, ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau
Warna ini adalah campuran kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkaitan dengan pertumbuhan dan pembiakan. Dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Lelaki yang gemar warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat ‘sofistikated’ dan boleh menyesuaikan diri dengan cepat.

Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai masa depan yang cerah. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar kerap memilih warna coklat termasuk untuk pakaian, kereta mahupun bilik tidur.





Haa, dah bace?  Kalian suke warna ape? Ish, tanye kite pulak.. Kite suke warna warni cam pelangi tu.. Eh, banyak pulak cam tak sesuai je.. Yela-yela main-main je.. Ok-ok nak gtaula ni... Ce tengok warna font yang kite gune ni haa.. Dah sah-sah kite suke warna coklat..

Ce review balik, naikkan balik skroll.. Naik sikit je sebab warna coklat yang paling last.. Haa memang kenala tu...Hikss...

Diingatkan ye, post ini saje-saje diterbitkan.. Bukanla nak percaya, tapi kalo ade yang sama tu, itu hanyalah kebetulan.. Orang da kaji kan.. Ada betulnye, ade sebaliknye...Hee





(Tazkirah) : Pesanan Rasulullah SAW Untuk Lelaki


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah".

Wanita Ananah : banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.

Wanita Hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising.




---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...