fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: (Tazkirah) : 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Tuesday, August 2, 2011

(Tazkirah) : 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



Assalamualaikum.. ;)

Amacam pose? Ada baik ka tarak baik ka? Ala baru 2 ari je pun.. Mesti tak rasa apa2 lagi kan.. Rasa mengantuk, rasa pening tak makan, rasa penat tu besela... Dah nama pun ujian n dugaan.. Jangan pose yakyok, pegi dapur buka tudung periuk sudah..Jage-jage... Ada yang merati...



Ok camni, sepanjang bulan yang penuh kemuliaan lagi keberkatan yang tak terhitung ni, saya akan menghidangkan hidangan yang istimewa untuk santapan rohani dalam blog a.b.c ni so that semua dapat manfaatnya okeh..

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

 
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku 
sebelum di Israqkan........"
 
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut 
dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, 
maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh 
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
 
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat 
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
 
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan 
dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat 
ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
 
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang
 diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan 
dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh 
malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN 
TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
 
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, 
 setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,
ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
 memberi minum hingga ia merasa puas.
 
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang
 duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir,
 maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA 
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
 
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita 
disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung. 
Maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
 
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin 
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah 
SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU 
lalu menyeru kepada  mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
 
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, 
maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 
 
 
BERSABDA  RASULULLAH SAW,
 "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT."
 
 
 
Wasalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...