fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: Salam Maal Hijrah - 1 Muharram 1432H

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah - 1 Muharram 1432H



Salam Tahun Baru



Vah.... Terujanya saya... Hari ni masuk tahun baru Islam.. Moh kita guna kalender Islam pulak.. Ikut kalender Cina, hari ni 7hb Disember.. 

Semoga ALLAH memberkati dan meredhai kita dalam setiap perkara. Amin... Tahun baru azam baru.. Ya, itula yang pastinya saban tahun. Persoalannya, adakan azam-azam lepas sudah tercapai? Ouh, adala sikit-sikit.. Hihihi..

Bercakap tentang HIJRAH atau erti kata mudahnya, pindah.. Alhamdulillah saya ada berHIJRAH dalam beberapa perkara. Contohnya tempat tinggal, kerjaya, dan juga diri sendiri. Buang semua sisi-sisi yang agak gelap gelap coklat kelabu kepada sisi-sisi cerah terang benderang berkilau. Ya, sudah pasti itu HIJRAH yang pasti. Setiap hari amar makruf nahi mungkar. Jika saya ada tersilap, mintak-mintakla tegur ye..Pastikan niat kita betul selari dengan apa yang kita nak buat.Sebenarnya HIJRAH ini sendiri memberi makna yang sangat besar dalam diri kita. Sebut je HIJRAH, banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Pengorbanan kita, pemikiran kita, perangai kita, keikhlasan kita, hati kena bersih, dan macam-macam lagi.



Tiba-tiba terimbau kenangan masa saya darjah 5, eh alamak lupa darjah 5 atau 6.. Vah darjah 5 dulu sangat 'matured'..Penakut dan sangat pemalu..Dulu-dulu teringin nak masuk nasyid. Then, pergilah jumpa ustazah, saya cakap yang saya berminat nak join nasyid jugak. Ustazah cakap nanti akan panggil untuk ujibakat suara. Saya pun hepila. Nak show off jugak bakat yang terpendam ni kan.Barula rasa teruji kan.. Hahaha..

Satu hari tu, ada sorang pengawas datang, dia cakap ustazah panggil nak buat ujibakat.Vah, dari dalam kelas lagi terketar ni..Yela, tak buat preparation ke ape ke.. Dulu, mana tahu lagi bubbling ke hape kan.. Sampai kat dewan, aduhai oh mak kau yea perasaan berdebar sampai kaki menggigil. Konon ramai sangat orang. Adala 5 6 orang je.
Saya diberi kertas lirik lagu di bawah.

Ok, jom nyanyi samasama dengan penuh penghayatan.1,2, mula

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 



Saya pandang je kertas tu. Sebab liriknya memang dah hafal dalam kepala dah. Pastu, ustazah panggil nama saya, mintak saya ke depan nyanyi, nak test uji suara saya yang yang yang.... ni kan..

Saya pun ke depan, dan nyanyila....

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Ol......




Cuba korang teka apa jawapan ustazah??



Ustazah pun sambung, "Oleh itu, kita jumpa lagi ye tahun depan ye". Saya ingatkan ustazah nak continue lirik Oleh Itu Mari Semua  sampai abis backup singer saya kan..So, korang dah tahula jawapannya kan.Perasaan berbaur.. HukHuk..

Tahun depan means saya darjah 6 la. Ustazah cakap nak jumpa kan, tapi saya tak pergi pun ujibakat tu.Takut nanti dia cakap jumpa lagi tahun depan, tapi saya dah masuk Tingkatan satu dah. Sampai sudah tak masuk nasyid. Dah suara sedap sangat. Tak uji pun dah tahu. Setakat masuk oral speaking dengan perbahasan bolehla...

Hehehe, tu je nak share zaman-zaman kecik cute dulu-dulu.


Apa-apa pun, sama-samala kita berHIJRAH dan mencapai azam baru pulak. Saya doakan kalian, kalian doakan saya juga ye. 


Salam maal hijrah semua  ;) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...