fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: Pengakhiran tahun 2010.

Thursday, December 30, 2010

Pengakhiran tahun 2010.



Assalamualaikum... ;)

Kawan-kawan sekalian, adakah anda semua sihat seperti saya? Ya, saya sihat alhamdulillah. Im fine teacher.. Maha suci Allah. Syukur dengan kesihatan yang diberikan. Sakit sikit-sikit biasalah, penghapus dosa. Kalau tak sakit, pelik pula. Eh, manusia ke ape??
Dah nak habis tahun 2010, maknanya kita bakal dijengah tahun 2011 la kan, yela takkan tiba-tiba 2012 langkah bendul pula. Ish ape ke hel nye.

Dalam setahun ada 365 hari, ada 365 macam-macam perasaan.. Sakit, sihat, gembira, sedih, huhahuha,eh eh terkejut, berdebar, terharu, terkilan, insaf, ingin tahu, excited, takut, dan macam-macam. Nak list sampai esok tak abis. Begitu juga dengan kawan-kawan, ada yang datang ada yang pergi, ada yang baik ada yang tak baik.Eh biasalah tu macam kita baik sangat.Huu.. Memang..

Malas nak bercakap pasal azam, (saya takde kenalan nama azam tiba-tiba) sebab benda tu tiap tahun cakap buatnye idok pun, tapi ada yang tercapai, Alhamdulillah...Allah bagi kesempatan..

Sebenarnya mesej yang ingin disampaikan adalah saya nak cakap lusa kita masuk tahun baru iaitu 2011. Eh berapa kali nak cakap daa...
Ok, sekarang saya serius >,<

Kepada semua kenalan saya, dari baby sehingga umur 21 tahun sekarang ini, serta kawan secara langsung atau tak langsung, kawan secara sengaja atau tak sengaja serta kawan realiti mahupun alam maya serta sesiapa sahaja yang mengenali diri saya ini seadanya.. Di kesempatan ini saya nak minta maaf jika saya selama ni ada mengguris perasaan kalian tanpa saya sedari, bercakap tak serupa bikin (cakap a, buatnya b), lupa bertanya khabar, lupa nak mesej balik, tak rindukan kalian, dan segala bagai.

Maafkan saya yer. Halal makan minum, duit-duit yang terguna tak pulang balik, dan halalkan perbuatan yang menyakitkan hati.

Semoga persahabatan kita lepas ni kembali terjalin macam lagu slam tu, eh saya saje je. Semoga kita boleh jadi kawan yang sejati, susah senang bersama,  lupakan yang keruh ambil yang jernih dan semoga persahabatan dan ukhuwah yang terjalin diredhai Allah Swt.

Yela, takkan kita nak minta maaf time puasa dgn raya je kan, sedangkan taubat pun tak boleh bertangguh. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Lagipun, kita tak boleh mencapai kesempurnaan melainkan nabi Muhammad saw sahaja, tetapi kita mencuba yang terbaik. Manusia memang ciptaan yang terbaik, cuma tinggal kita yang mencorakkannya. Sama-samalah kita amar makruf nahi mungkar.



Maafkan saya zahir dan batin ^_^. Semoga tahun baru akan lebih bermakna dan sama-sama kita bersihkan hati.



Assalam ;)




SecubitSegenggam : "Yang baik datangnya dari ALLAH SWT, yang buruk itu dari diri saya sendiri...."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...