fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: December 2010

Thursday, December 30, 2010

Pengakhiran tahun 2010.



Assalamualaikum... ;)

Kawan-kawan sekalian, adakah anda semua sihat seperti saya? Ya, saya sihat alhamdulillah. Im fine teacher.. Maha suci Allah. Syukur dengan kesihatan yang diberikan. Sakit sikit-sikit biasalah, penghapus dosa. Kalau tak sakit, pelik pula. Eh, manusia ke ape??
Dah nak habis tahun 2010, maknanya kita bakal dijengah tahun 2011 la kan, yela takkan tiba-tiba 2012 langkah bendul pula. Ish ape ke hel nye.

Dalam setahun ada 365 hari, ada 365 macam-macam perasaan.. Sakit, sihat, gembira, sedih, huhahuha,eh eh terkejut, berdebar, terharu, terkilan, insaf, ingin tahu, excited, takut, dan macam-macam. Nak list sampai esok tak abis. Begitu juga dengan kawan-kawan, ada yang datang ada yang pergi, ada yang baik ada yang tak baik.Eh biasalah tu macam kita baik sangat.Huu.. Memang..

Malas nak bercakap pasal azam, (saya takde kenalan nama azam tiba-tiba) sebab benda tu tiap tahun cakap buatnye idok pun, tapi ada yang tercapai, Alhamdulillah...Allah bagi kesempatan..

Sebenarnya mesej yang ingin disampaikan adalah saya nak cakap lusa kita masuk tahun baru iaitu 2011. Eh berapa kali nak cakap daa...
Ok, sekarang saya serius >,<

Kepada semua kenalan saya, dari baby sehingga umur 21 tahun sekarang ini, serta kawan secara langsung atau tak langsung, kawan secara sengaja atau tak sengaja serta kawan realiti mahupun alam maya serta sesiapa sahaja yang mengenali diri saya ini seadanya.. Di kesempatan ini saya nak minta maaf jika saya selama ni ada mengguris perasaan kalian tanpa saya sedari, bercakap tak serupa bikin (cakap a, buatnya b), lupa bertanya khabar, lupa nak mesej balik, tak rindukan kalian, dan segala bagai.

Maafkan saya yer. Halal makan minum, duit-duit yang terguna tak pulang balik, dan halalkan perbuatan yang menyakitkan hati.

Semoga persahabatan kita lepas ni kembali terjalin macam lagu slam tu, eh saya saje je. Semoga kita boleh jadi kawan yang sejati, susah senang bersama,  lupakan yang keruh ambil yang jernih dan semoga persahabatan dan ukhuwah yang terjalin diredhai Allah Swt.

Yela, takkan kita nak minta maaf time puasa dgn raya je kan, sedangkan taubat pun tak boleh bertangguh. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Lagipun, kita tak boleh mencapai kesempurnaan melainkan nabi Muhammad saw sahaja, tetapi kita mencuba yang terbaik. Manusia memang ciptaan yang terbaik, cuma tinggal kita yang mencorakkannya. Sama-samalah kita amar makruf nahi mungkar.



Maafkan saya zahir dan batin ^_^. Semoga tahun baru akan lebih bermakna dan sama-sama kita bersihkan hati.



Assalam ;)




SecubitSegenggam : "Yang baik datangnya dari ALLAH SWT, yang buruk itu dari diri saya sendiri...."

(Tazkirah) : Perubatan Islam - Adab dan cara makan yang baik.

  1. Makan hanya bila terasa lapar
  2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun
  3. Sebelum makan hendaklah membaca "Bismillah..."
  4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan, ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
  5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang
  6. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
  7. Sesudah makan membaca "Alhamdulillah ...."
  8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
  9. Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
  10. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
  11. Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
  12. Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan'







(Tazkirah) : Nasihat Imam Shafie


1. PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan: “Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.”
“Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.”

2. MENCARI SAHABAT PADA WAKTU SUSAH - Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

3. PASANG SURUT PERSAHABATAN – “Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.”






SecubitSegenggam : Di manakah dia??

(Tazkirah) : Rahsia komputer Muhammad SAW



Nama 'MUHAMMAD' seolah-olah kunci segala ilmu pengetahuan dan maklumat. Apabila terlupa sesuatu perkara, ilmu, maklumat atau fakta; berselawatlah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. beberapa kali dengan khusyuk. Insya'Allah anda segera dapat mengingatkan kembali perkara yang diperlukan. Amalan ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua, lebai-lebai dan ustaz-ustaz. Umpamanya, anda terlupa nama jalan, nama kenalan, lupa fakta di dalam dewan peperiksaan atau lupa di mana anda telah meletakkan sesuatu barang, maka anda bolehlah menggunakan petua ini. Ia diibaratkan seperti komputer yang menganalisa, mencari dan mengeluarkan kembali maklumat yang pernah disimpan olehnya.


Rasullullah bersabda," Sesiapa yang hendak menceritakan sesuatu (hadis atau sebagainya) lalu terlupa, maka hendaklah dia berselawat kepadaku. Sesungguhnya berselawat kepadaku (ada kekuatan kerohanian yang) boleh mengingatkan hadis (dan sebagainya. Semoga dia akan teringat."









Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah - 1 Muharram 1432H



Salam Tahun Baru



Vah.... Terujanya saya... Hari ni masuk tahun baru Islam.. Moh kita guna kalender Islam pulak.. Ikut kalender Cina, hari ni 7hb Disember.. 

Semoga ALLAH memberkati dan meredhai kita dalam setiap perkara. Amin... Tahun baru azam baru.. Ya, itula yang pastinya saban tahun. Persoalannya, adakan azam-azam lepas sudah tercapai? Ouh, adala sikit-sikit.. Hihihi..

Bercakap tentang HIJRAH atau erti kata mudahnya, pindah.. Alhamdulillah saya ada berHIJRAH dalam beberapa perkara. Contohnya tempat tinggal, kerjaya, dan juga diri sendiri. Buang semua sisi-sisi yang agak gelap gelap coklat kelabu kepada sisi-sisi cerah terang benderang berkilau. Ya, sudah pasti itu HIJRAH yang pasti. Setiap hari amar makruf nahi mungkar. Jika saya ada tersilap, mintak-mintakla tegur ye..Pastikan niat kita betul selari dengan apa yang kita nak buat.Sebenarnya HIJRAH ini sendiri memberi makna yang sangat besar dalam diri kita. Sebut je HIJRAH, banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Pengorbanan kita, pemikiran kita, perangai kita, keikhlasan kita, hati kena bersih, dan macam-macam lagi.



Tiba-tiba terimbau kenangan masa saya darjah 5, eh alamak lupa darjah 5 atau 6.. Vah darjah 5 dulu sangat 'matured'..Penakut dan sangat pemalu..Dulu-dulu teringin nak masuk nasyid. Then, pergilah jumpa ustazah, saya cakap yang saya berminat nak join nasyid jugak. Ustazah cakap nanti akan panggil untuk ujibakat suara. Saya pun hepila. Nak show off jugak bakat yang terpendam ni kan.Barula rasa teruji kan.. Hahaha..

Satu hari tu, ada sorang pengawas datang, dia cakap ustazah panggil nak buat ujibakat.Vah, dari dalam kelas lagi terketar ni..Yela, tak buat preparation ke ape ke.. Dulu, mana tahu lagi bubbling ke hape kan.. Sampai kat dewan, aduhai oh mak kau yea perasaan berdebar sampai kaki menggigil. Konon ramai sangat orang. Adala 5 6 orang je.
Saya diberi kertas lirik lagu di bawah.

Ok, jom nyanyi samasama dengan penuh penghayatan.1,2, mula

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 



Saya pandang je kertas tu. Sebab liriknya memang dah hafal dalam kepala dah. Pastu, ustazah panggil nama saya, mintak saya ke depan nyanyi, nak test uji suara saya yang yang yang.... ni kan..

Saya pun ke depan, dan nyanyila....

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Ol......




Cuba korang teka apa jawapan ustazah??



Ustazah pun sambung, "Oleh itu, kita jumpa lagi ye tahun depan ye". Saya ingatkan ustazah nak continue lirik Oleh Itu Mari Semua  sampai abis backup singer saya kan..So, korang dah tahula jawapannya kan.Perasaan berbaur.. HukHuk..

Tahun depan means saya darjah 6 la. Ustazah cakap nak jumpa kan, tapi saya tak pergi pun ujibakat tu.Takut nanti dia cakap jumpa lagi tahun depan, tapi saya dah masuk Tingkatan satu dah. Sampai sudah tak masuk nasyid. Dah suara sedap sangat. Tak uji pun dah tahu. Setakat masuk oral speaking dengan perbahasan bolehla...

Hehehe, tu je nak share zaman-zaman kecik cute dulu-dulu.


Apa-apa pun, sama-samala kita berHIJRAH dan mencapai azam baru pulak. Saya doakan kalian, kalian doakan saya juga ye. 


Salam maal hijrah semua  ;) 

Monday, December 6, 2010

(Tazkirah) : Manusia yang terBAIK.

Menjadi Manusia yang terbaik tentunya didambakan oleh setiap insan. Namun untuk mendapatkan predikat tersebut sudah tentu ada syaratnya. Kita sebagai seorang muslim, memiliki dua hal yang harus kita jaga untuk mencapainya, yang pertama adalah HABLUMMINALLAH (hubungan kita sebagai hamba dengan Allah SWT) dan yang kedua, yang tak kalah pentingnya adalah HABLUM MINAN NAS (hubungan baik sesama manusia). Seorang muslim belum dapat mengklaim dirinya sebagai seorang yang terbaik jika salah satu diantara keduanya belum dijalankan dengan baik pula.

Islam yang memiliki '5 RUKUN', mulai dari mengucapkan dua kalimah syahadat, solat, zakat, puasa dan mengerjakan ibadah haji bagi yg mampu adalah merupakan gabungan antara hablumminallah dan hablum minan nas, gabungan antara hubungan “ vertikal dan horizontal.”

Pengakuan seorang hamba saat mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan tali ikatan untuk menjadi manusia yg terbaik. Kesaksian seorg hamba bahwa tiada tuhan selain Allah & kesaksian bahwa Nabi Muhammad saw adalah rasul utusan Allah merupakan titik awal menuju manusia yg sempurna. Namun pengakuan & kesaksian tidaklah cukup tanpa terus menerus menjaga hubungan baik dengan Sang Pencipta iaitu dengan melaksanakan solat sebagai rukun Islam yang kedua.

Solat lima waktu yang dilakukan muslim setiap hari mengandungi banyak simbol yang menggambarkan wujud ketaatan dan kerendahan manusia mukmin di hadapan Allah. Dalam solat, seorang muslim secara simbolis mengikrarkan diri untuk menyerahkan segala gerak-gerik, hidup dan mati hanya untuk Allah. Ikrar yang secara rutin diucapkan ini diharapkan tidak hanya sebatas ucapan, namun diwujudkan sebagai bukti konkrit dalam bentuk aktiviti.

Dalam solat terdapat simbol-simbol seperti ruku’ (lambang dari ketundukan pada hukum Allah) dan sujud (lambang dari ketaatan kepada perintah Allah). Di samping itu, solat adalah ibadah anfus (diri). Maknanya, dalam rangka menegakkan Din(agama) Allah, selayaknya seorang Muslim mampu mengorbankan diri (kepentingan individu atau kelompok, waktu, tenaga, dan pikiran) demi tegaknya hukum.

Setelah menjaga hubungan baik dengan Allah dengan melaksanakan ibadah solat, maka seseorang Muslim yang ingin menjadi manusia terbaik sebagaimana yang telah kita sebutkan tadi, juga hendaknya menjaga hubungan baik dengan sesama manusia, saling menasihati, peka terhadap kehidupan sosial, memiliki sikap peduli terhadap sesama, membantu orang-orang yang memerlukan. Dalam sebuah hadis disebutkan:

"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat untuk manusia (orang lain)"

Islam di dalam rukunnya yg ke-3  mengharuskan bagi setiap muslim untuk mengeluarkan zakat. Dalam makna simbolis, zakat mal (harta) dan zakat fitrah bertujuan mengikis rasa kepentingan manusia atas hartanya, agar manusia menyedari bahwa hartanya adalah amanat dari Sang Pemilik Harta yang Maha kaya iaitu Allah SWT. Zakat juga mengajarkan kita untuk dapat merasakan denyut penderitaan orang lain. Dengan zakat pula penderitaan orang lain akan menjadi ringan, orang-orang yang kelaparan sudah tidak lagi merasakan pedihnya kerana tidak makan & minum bahkan terkadang sampai berhari-hari. Bukankah ibadah puasa yang melarang untuk makan dan minum menjadi pelajaran bagi kita untuk dapat merasakan bagaimana jika tidak makan dan minum.

Ibadah zakat sebagai ibadah maaliyah (harta) sering dibandingkan dengan ibadah solat. Ini bererti bahawa dalam rangka menegakkan Din (agama) Islam dan untuk menjadi seorang mukmin yang sempurna dituntut untuk mengorbankan dirinya dan sebagian hartanya. Hal ini dituangkan secara jelas di dalam Al qur'an:

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ketempat tinggal yang baik di dalam surga ‘And. Itulah keberungtungan yang besar. "(QS Ash-Shaff/61: 10-12.)

Cara lain yang diajarkan islam untuk tetap menjaga hubungan baik antara sesama manusia adalah disyariatkannya ibadah qurban. Dengan berqurban, akan tertanam di diri kita sifat kepedulian kepada kaum dhuafa, yakni orang-orang yang memerlukan haiwan kurban yang merupakan tanggung jawab kita bersama sebagai saudara seiman. Selain itu, dalam ibadah kurban juga tersirat pesan-pesan rohani agar kita ikut aktif dan bertanggung jawab untuk menciptakan suasana persaudaraan. Ini disyaratkan Alquran melalui firman-Nya:

''Maka, makanlah sebagian daripadanya dan sebagian lagi untuk dimakan orang-orang sengsara lagi fakir.'' (QS Al-Hajj: 28).

Menjaga hubungan baik sesama manusia bukan hanya sesama manusia yang masih hidup, akan tetapi juga dengan mereka yang telah mendahului kita iaitu dengan mengenang jasa-jasa dan pengorbanan mereka serta mendoakan mereka.

Pada bulan Zulhijjah, sebagian umat Islam melaksanakan ibadah haji. Latar belakang ibadah ini didasarkan pada ibadah serupa yang dilaksanakan oleh nabi-nabi sebelum nabi Muhammad SAW, terutama nabi Ibrahim. Ritual Tawaf didasarkan pada ibadah serupa yang dilaksanakan oleh umat-umat sebelum nabi Ibarahim. Ritual Sa'i, yakni berlari antara bukit Shafa dan Marwa, juga didasarkan untuk mengenang ritual isteri kedua nabi Ibrahim ketika mencari air untuk anaknya yaitu Nabi Ismail. Sementara Wukuf di Arafah adalah ritual untuk mengenang tempat bertemunya Nabi Adam. dan Siti Hawa di muka bumi. Ini semua mengajarkan kita untuk tidak lupa dengan pendahulu kita, tidak lupa dengan jasa dan pengorbanan mereka.

Wallahua’lam.



Sumber:
Khairurrazi Mahmud

(Tazkirah) : Bacalah jika anda ada masa untuk ALLAH !!!



Assalamualaikum...

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. 

Bacalah sehingga habis. 

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. 

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. 


Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.


Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat ....... 


Mungkin malam JUMAAT? 


Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA? 


Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....


Dan sudah pasti waktu ada kematian... 


Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? 


Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. 


Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... 


Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) 


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. 

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH 

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!! 


Ya aku CINTA ALLAH 


Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku 


IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. 


Ini adalah ujian yang mudah. 


Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu.... 

Kirimkan kepada orang . 


Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian? 


Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan. 


Susah….... Senang 


Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? 


Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? 

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kan email yang tak senonoh? 

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima. 

Solat adalah yang terbaik.... 


Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan. 


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. 


Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH). 

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi? 


Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?. 


Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda. 


Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.


Aku yakin DIA ada


Aku yakin DIA tahu

Aku yakin DIA dengar

Aku yakin

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. 

Assalamualaikum... 

(Tazkirah) : Petua Rasulullah SAW Mencapai DOA Mustajab



1. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”


2. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”


3. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”





(Tazkirah) : Islamkah Aku ?



Assalamualaikum.. 

Artikel ini agak panjang n akan mencuri masa anda sedikit sebanyak. Saya paparkan khusus untuk anda anda dan anda semua. .Di sana ya di sana juga, tolong fokus..


"  ISLAMKAH AKU???


Assalam...

Artikel ni saya copy dan paste from blog Otak dan Lutut...Adalah tanggungjawab saya menyebarkannya....

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad?. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan di rumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar itupun kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Air mata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata? Eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazahs audara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan 'garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.



Sekian...  Eh apa lagi? Tak kan baca saja kot.. At least copy dan paste kepada saudara Islam kita yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...