fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: (Tazkirah) : Perubahan

Friday, December 16, 2011

(Tazkirah) : Perubahan











“Awak ambik kos pendidikan Islam...”


“tak…”


“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”


“Tak juga, saya program sains la…”


“saya ingatkan ustazah tadi…” 


Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…


Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. 
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...


Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.


"Dahtu kenapa bertudung labuh?"


Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…


“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”


Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…


Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…


“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”


Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.


“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”


“Kenapa saya”


“Sebab saya tengok awak alim je”


“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???" 


Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… 


Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.


Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D


*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...


*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.






https://www.facebook.com/pages/khazinatul-asrar/139517509395978





dengan mengeluarkan kata kata agama,
tidak semestinya aku seorang ustazah

labuhnya tudung ku,
tidak semestinya aku seorang yang alim

dengan menasihati orang lain
tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya

aku cuma insan biasa
yang mempunyai keinginan seperti kamu

cuma aku berkongsi
apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu

dan mengingati diri sendiri
supaya menjadi lebih baik..:)




Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang penuh barakah ;) 

Bukan saya saje2 suka copy paste karya orang lain, tapi karya tersebut buat hati saya terkesan so, tiada salahnya kalau ambil n share to all rite? Karya tersebut juga seolah-olah agak kena dgn diri saya. 

Yang membezakan antara manusia adalah amalan masing-masing. Tiada salahnya sesama kita menegur kerana  sampai bila-bila pun kita tidak akan mencapai kesempurnaan hidup. 

Berbuat kesalahan itu bukanlah sesuatu yang asing, kerana itu fitrah manusia. Sama ada secara sengaja atau tidak, Allah lebih mengetahui. Sama juga dengan fitrah manusia yang ingin berbuat kebaikan (Alhamdulillah Allah limpahkan rahmat), ingin bercinta, ingin memiliki semua yang ada di dunia ini, ingin menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik dan sebagainya.



Hati

Bukankah semua yang terjadi itu kehendakNya? Niat untuk berbuat sesuatu tidak kira jahat atau baik, bermula dari hati. Hati orang mukmin tidak sama dengan orang bukan mukmin. Kesedaran membezakan sesuatu yang jahat dan baik akan mendorong akal untuk berubah. Hati hati dengan hati, itu yang saya selalu praktikkan dalam setiap perkara. Saya sendiri pernah hanyut tapi bangkit atas keinsafan diri. Malahan perkara lalu membuatkan saya lebih sedar akan semua hakikat yang ada. Jangan ditanya bagaimana rasa kerana sesungguhnya hanyalah rasa syukur kerana dapat merasai nikmat rahmat. Terima kasih Allah atas hadiah hebat itu.



Perubahan

Perubahan hidup berlaku perlahan-lahan, berbagai ujian datang 'meneman', tiadalah selainNya tempat saya meluahkan segalanya. Allah menguji tanda Allah sayangkan hambaNya, kerana, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


Macam-macam perkara terjadi dalam setahun ini, sampaikan tidak sedar semuanya telah berlalu. Kadang-kadang rasa tidak percaya kerana dapat mengharungi kesemuanya dengan baik, ya tidak semua tapi puas hati dengan perjalanan hidup. Ada keluarga yang memahami, kawan-kawan yang sekepala, dan paling penting Dia ada dalam hati. Sebab itu saya tidak berani sangat nak menyimpan azam, kerana tahu bukan mudah untuk laksanakan. Apa yang saya buat, jika dirasakan elok, saya teruskan sehingga berjaya dan mana yang tidak elok, masih lagi ada dalam diri, perlahan-lahan saya tinggalkan. 'Planning' hidup saya sepanjang beberapa tahun asyiklah berubah, juga seiring dengan perubahan masa. Peoples changed. Itu sudah pasti kerana proses mengalami sesuatu itu akan mengubah persepsi setiap insan. 

Lately banyak perkara baik menyinggah sampaikan rasa macam ada apa-apa ke ni.. Tapi xnak lah fikir bukan-bukan. Just biarkan semua tu, dan layan elok-elok.. Saya tahu tidak semua yang kita nak kan kita akan dapat, tetapi apa yang ada, sudah memadai untuk sekarang. Lantaran, kerja keras perlu untuk dapat yang terbaik. Man jadda wajada. 
Dalam firman Allah Surat Ar Rad ayat 11 ditegaskan : ” Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri ”. 


Perlu diingat, tidak semua benda itu baik untuk kita, kita hanya merancang, Allah yang menentukan dan Dialah sebaik-baik perancang. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita tak suka itu sebenarnya membawa keuntungan yang tak ternilai, dan apa yang kita suka sebenarnya dalam diam-diam membawa kita ke lembah kehancuran.
Inilah realiti kehidupan yang tidak boleh dijual beli. 

Kebanyakan perkara yang berlaku, saya biasanya simpan sendiri melainkan perkara tersebut perlu dikongsi barulah dia, dia n dia yang saya cari.. Alhamdulillah saya bukan jenis cepat terpengaruh dalam kebanyakan situasi terutama dalam bab berkawan. Memang hidup perlu berkawan tapi kenalah pandai memilih terutama yang boleh membawa kita ke arah menjadi yang lebih baik. Barulah ketenangan dapat dirasai. Hidup mesti berpandukan keimanan, kerana jika memilih untuk melakukan maksiat maka ketenangan hanyalah datang dan pergi dan seolah-olah hidup tiada arah ibarat layang-layang yang terputus tali dan terputus dari bayangan tuannya. Maka apa gunanya untuk hidup melainkan kembali kepadaNya.





Point is, jom sama-sama kita simpan DIA dalam hati kita ok. ;))


Assalam




1 comment:

LaLa said...

ada segelintir kawan2 yg bertudung labuh tp tak jaga batas sesama lelaki, keluar dating, sms, couple...tp ramai je yg tudung labuh yang betul2 muslimah=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...