fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: Bihun vs Mee

Monday, September 12, 2011

Bihun vs Mee






Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" 
Hari-hari berlalu... Namun mee tetap bersabar dan buat derk aje dengan segala jua kerenah dan hinaan bihun.


Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. Bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya. Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! Jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...