fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Wednesday, July 27, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Assalamualaikum...

Hari ini da masuk 26 syaban, di mana tinggal lagi 4 hari je kita semua umat Islam nak sambut bulan yang mulia, bulan yang penuh barakah tak lain tak bukan bulan Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan. Bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan..Tak gitu kome sekalian? Uihh saya saat ni betul2 xsabar nak pose ni.. Alhamdulillah, persiapan mental n fizikal da dipersiapkan.. Apa kata kita serap segala2 kebaikan yang ada dalam bulan Ramadhan ni, yela sekali setahun je pun, nak2 kita ni belum tahu ajal maut bila, Ramadhan akan datang belum tentu dapat jumpa lagi kan.. 


Sesiapa yang bernama Ramadhan pun saya nak ucap selamat menyambut Ramadhan ye.
Saya pun dengan serendah hati ni nak minta maaf kpd semua teman2 xkire anda semua kat mana sekalipun, xkira siapa sekalipun, kenal ke x ke, kenal kat luar ke, kenal dalam FB ke, teman2 dari kecik sampai la sekarang, teman2 yang baru berkenalan, dan segala bagai.. Minta maaf andai terkasar bahasa, terguriskan hati kalian, termenade nade, termenyampah hampas, xsenyum, tersombong, dan segala-gala yang bersangkutan dengan alam semesta. Saya insan biasa yang sangat biasa buat silap, kadang2 lupa nak minta maaf balik, kadang2 pentingkan diri sendiri, memang my mistake la tu.. 

Saya berharap sesangat Ramadhan kali ni lain dari yang sebelumnya, dapat catch up buat ibadat dengan sepenuhnya, dapat ubah perangai2 yang xcantik, dapat bersihkan hati, dapat khatam quran lagi, masa berbuka xpelahap cam dulu2, cuba kurangkan lagi waktu tidur, dan segala kebaikan dapat disedut sebaiknya.. Alhamdulillah, jadual saya da pun dimanagekan dengan dikurangkan sedikit aktiviti2 kerja demi fokus Ramadhan ni.

Apa2 jua sekalipun, untuk kebaikan, bukanlah hanya tunggu Ramadhan je, tapi orang kata sekurang-kurangnya hormat la sikit bulan Ramadhan ni kan. Yela, time ni je pun pahala berlipat kali ganda Allah bagi cash je. Yang paling happy bila ramai yang menghormati Ramadhan ni dengan berbagai-bagai cara, contoh, tutup aurat sebaiknya,perkara sia-sia dikurangkan dan macam-macam lagi kan.. Itu pun salah satu langkah ke arah kebaikan jugak.. Rahmat Allah datang kalau kita buat xtahu memang sia2 jela.. So, sesiapa rase terdetik di hati nak buat kebaikan tu, jangan ragu2 lagi. Teruskan niat murni anda sesungguhnya hikmah datang tanpa anda sedari.Yang penting sentiasalah bersangka baik dengan Pencipta kita dan Dia lah jua sebaik2 perancang.

Satu lagi, orang perempuan memang xlari dari ABC(Allah Bagi Cuti). So, saya sarankan pada semua juga diri saya, time2 tu, banyakkan zikir dan ibadat2 sunat lain bagi redeem balik apa yang kita xdapat buat sepenuhnya contoh selawat ni. Paling sedih yang teramat bila ABC time 10 malam terakhir, memang nangis takde lagu  jawab die. Redha jela. Penawar die, ibadat2 yang kita dapat buat jela kita sebat. Ingat ye kaum hawa, kalau ABC tu kena buat cara ABC, kalau kita berkeras pose jugak, dosa je dapat. Maksud saya, tahan xmakan n minum n seolah-olah anggap diri pun berpuasa.Haa gitu..

Ok la kut, lagi jumpa, last but not least karangan berhemah saya ni, semoga Ramadhan kita kali ni lebih baik dari yang sebelumnya, semoga dapat kita bersihkan hati sebersihnya, dan semoga sama2 bermaafan di antara satu sama lain. Marilah sama2 kita hayati bulan Ramadhan kali ni.

Assalamualaikum..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...