fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: (Tazkirah) : Rahsia komputer Muhammad SAW

Thursday, December 30, 2010

(Tazkirah) : Rahsia komputer Muhammad SAW



Nama 'MUHAMMAD' seolah-olah kunci segala ilmu pengetahuan dan maklumat. Apabila terlupa sesuatu perkara, ilmu, maklumat atau fakta; berselawatlah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. beberapa kali dengan khusyuk. Insya'Allah anda segera dapat mengingatkan kembali perkara yang diperlukan. Amalan ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua, lebai-lebai dan ustaz-ustaz. Umpamanya, anda terlupa nama jalan, nama kenalan, lupa fakta di dalam dewan peperiksaan atau lupa di mana anda telah meletakkan sesuatu barang, maka anda bolehlah menggunakan petua ini. Ia diibaratkan seperti komputer yang menganalisa, mencari dan mengeluarkan kembali maklumat yang pernah disimpan olehnya.


Rasullullah bersabda," Sesiapa yang hendak menceritakan sesuatu (hadis atau sebagainya) lalu terlupa, maka hendaklah dia berselawat kepadaku. Sesungguhnya berselawat kepadaku (ada kekuatan kerohanian yang) boleh mengingatkan hadis (dan sebagainya. Semoga dia akan teringat."









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...