Assalamualaikum......
Dah lama betul saya menyepi dari dunia blog ni.. Bukan xnak taip, tapi kadang-kadang2 xde idea, kekangan hal-hal lain.. Rugi betul rasa diri ini sebab dah membuang banyak masa untuk share benda-benda baik.. Bukan ape, saham akhirat juga.. Hari ni 1 Muharram, tahun baru Islam.. Alhamdulliah, masih lagi diberi oksigen tanpa bayar, diberi nikmat FOC.. Syukur atas segalanya Ya ALLAH..
Sedia maklum, saya sangat bahagia menjadi sebahagian dari keluarga Aqsa Syarif, menjadi sukarelawan bagi mengumpul dana untuk Palestin.. Berkenalan dengan ramai insan yang baik, saling menasihati, menjaga pergaulan, buatkan kita menjaga tingkah laku kita dan seterusnya berusaha menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah... Kekadang rasa malu dan bersalah sebab tak dapat tunaikan sepenuh komitmen untuk event2.. Apalah sangat usaha yang saya taburkan berbanding dengan mereka yang memberikan sepenuh pengorbanan masa, tenaga, harta bagi membantu insan yang memerlukan sekaligus mempertahankan Al-Aqsa.. Banyak perubahan berlaku dalam diri saya, dan saya bawa sekali ke dalam diri ahli keluarga walaupun tak semua dapat saya curahkan.. Antaranya, perkongsian yang saya terima, boikot atas produk-produk Israel dan tanggungjawab kita sebagai muslim..
Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)
Al-Aqsa milik umat Islam seluruhnya, bukan hanya milik umat Islam di Palestin, walaupun hakikatnya, masjid mulia itu berada di sana. Janganlah kita hanya membiarkan umat Palestin terus diratah cengkaman zionis tanpa berbuat apa-apa. Janganlah kita hanya berdiam diri dan hanya mengharapkan mereka disana untuk menyelamatkan Al-Aqsa. Zionis takkan berhenti mencengkam umat Islam Palestin demi kepentingan peribadi mereka. Walau hakikat Allah telah berjanji akan memberikan kemenangan kepada umat Islam, tapi di mana usaha kita? Dengan hanya melihat tanpa berbuat sesuatu? Saya menyeru sekalian umat Islam, ambil peduli dan sama-sama usaha mempertahankan mereka di sana.
Kebetulan yang mencengkam jiwa, dengan takdir Allah, di sini letupan bunga api berwarna warni berdentam dentum menghiasi langit malam. Saya juga kesempatan melihat sebentar tadi. Tapi di sana, zionis tanpa ada perasaan kemanusiaan terus membedil bumi Palestin. Dengan jet-jet, dan roket yang menghiasi langit di sana. Bom-bom terbang di sana-sini.
Sama-sama kita doakan semoga ALLAH sentiasa melindungi saudara-saudara kita di Gaza. Pemimpin utama tentera ditakdirkan telah syahid di dalam mempertahankan bumi anbiya. Syurga milik as Syahid Ahmed Al-Jabari..Innalillahi wa inna ilaihiroji'un.. Semoga pemergianmu akan diganti dengan jutaan pejuang kemenangan kebenaran..InsyaALLAH.
Dari FB Aqsa Syarif :
BERITA TERKINI :
Pemimpin HAMAS Ahmed Jabari syahid oleh tembakan peluru berpandu Israel. Beliau adalah pemimpin No 2 Izzudin al Qassam dan bertanggungjawab dalam pembebasan Gilad Shalit. Beliau adalah antara pemimpin tertinggi HAMAS yang dibunuh selepas Sheikh Ahmad Yassin dan Dr. Abdul Aziz ar Rantisi. Beliau telah menunaikan janjinya kepada Allah dan moga Allah merahmati rohnya.
" Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(A-li’Imraan 3:169)
Marilah kita sama-sama menjadi sebahagian kelompok yang berjuang bersama-sama kebenaran.. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk membantu mereka.. Hatta kecil, ALLAH tetap mengira dan membalas dengan setimpalnya.. ALLAH maha berkuasa..
SecubitSegenggam : Tidak dilupakan, saudara kita di Syria dan Rohingya... Masukkan mereka dalam list doamu.. ALLAH maha mendengar.