fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: 2012

Sunday, November 18, 2012

Makan nasi minyak



Assalamualaikum...

Ahad yang berehat.. Hope semua sihat2 yer.. Jangan lupa pray for Gaza, Syria and Rohingya dalam setiap doamu... Allah is as Sami'... 



Sekarang musim orang kawen... Sana sini nasi minyak.. Alhamdulillah, semoga bertambah pejuang2 Islam yang dapat perjuangkan Al-Aqsa. Barakallahu fik..Selamat pengantin baru buat kawan2 yang seangkatan saya, moga be a good n solehah wife. Happy till jannah.

Semalam pulak majlis perkahwinan my second brother.. Selamat Pengantin Baru buat Mohd Faridzul & Nor Salma.. Hope abg joe and kak sal sabar mengharungi bahtera perkahwinan yang mendatang.. Semoga kekal ke syurga jua..  Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya.... Guest datang tak putus-putus, seronok tengok.. Nikah pagi around 11am, then majlisnya pukul 1.. Buat kat Paya Indah Wetlands, memang cantik tempat tu and recommended sangat2 siapa nak buat kat situ.. Ada chalet lagi blh family2 yang datang dari jauh nak stay.. Ada mini zoo jugak, petang2 boleh jalan2 di sekitarnya. 



Buat pengantin-pengantin, saya titipkan doa khusus untuk kalian..

Doa Untuk Pengantin

Semoga Allah memberi berkati kepada kamu, dan melimpahkan berkatNya atas diri kamu, dan semoga Allah menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan..

Doa Pengantin Untuk Dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku mohon kepadamu kebaikan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku mohon perlindungan kepadaMu daripada kejelekan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya..

Doa Ketika Hendak Menggauli Isteri

Dengan nama Allah, ya Allah, ya Tuhan kami, hindarilah kami dengan syaitan dan jauhilah syaitan daripada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami..



Amin, amin yang rabbal 'alamin......





Oh eh eh eh.. abang yang second da lepas. maknanye, pasni my turn plak.. Eh eh.. Nervesnya... When? Rahsia Allah... hihi.. Taktau lagi bila.. Sampai masanya akan saya hebahkan..



Once again, pray for them.. keadaan kat sana makin meruncing... More information, go to:







SecubitSegenggam : Mana 'Dr Muslih' ni.. Dah lama tunggu ni...

Friday, November 16, 2012

Sarapan pagi percuma.

Assalamualaikum... 

What a sunny day.. Semoga semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya... Tadi lepas breakfast, saya kesempatan baca paper kosmo.. Tengah belek-belek, tiba-tiba terpandangkan McD nak bagi free breakfast  to all Malaysian. 1000 pelanggan pertama di setiap restoran Sarapan McD akan menikmati Egg McMuffin secara percuma pada 19 Nov 2012.. What the?? hangin je rasa...



Oh my beloved family, friends, and all Malaysian, please dont be fooled by all ads that offered from this 'lahanat'. Tell you what, every cent you spent at McD, helping them to destroy Palestinian... You help them kill Palestinian children!!! They are innocent..


Tengok limpahan sosnye bagaikan darah yang mengalir dari setiap tubuh kanak-kanak yang tak berdosa.. Saya taknak taip banyak-banyak coz semua orang dah maklum...

:'''(

Apa khabar mereka di sana agaknya?




Pray for Gaza.
Pray for Palestinian.
Pray for all..

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum......

Dah lama betul saya menyepi dari dunia blog ni.. Bukan xnak taip, tapi kadang-kadang2 xde idea, kekangan hal-hal lain.. Rugi betul rasa diri ini sebab dah membuang banyak masa untuk share benda-benda baik.. Bukan ape, saham akhirat juga.. Hari ni 1 Muharram, tahun baru Islam.. Alhamdulliah, masih lagi diberi oksigen tanpa bayar, diberi nikmat FOC.. Syukur atas segalanya Ya ALLAH.. 

Sedia maklum, saya sangat bahagia menjadi sebahagian dari keluarga Aqsa Syarif, menjadi sukarelawan bagi mengumpul dana untuk Palestin.. Berkenalan dengan ramai insan yang baik, saling menasihati, menjaga pergaulan, buatkan kita menjaga tingkah laku kita dan seterusnya berusaha menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah... Kekadang rasa malu dan bersalah sebab tak dapat tunaikan sepenuh komitmen untuk event2.. Apalah sangat usaha yang saya taburkan berbanding dengan mereka yang memberikan sepenuh pengorbanan masa, tenaga, harta bagi membantu insan yang memerlukan sekaligus mempertahankan Al-Aqsa.. Banyak perubahan berlaku dalam diri saya, dan saya bawa sekali ke dalam diri ahli keluarga walaupun tak semua dapat saya curahkan.. Antaranya, perkongsian yang saya terima, boikot atas produk-produk Israel dan tanggungjawab kita sebagai muslim..


Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”. 
(Riwayat Bukhari)

Al-Aqsa milik umat Islam seluruhnya, bukan hanya milik umat Islam di Palestin, walaupun hakikatnya, masjid mulia itu berada di sana. Janganlah kita hanya membiarkan umat Palestin terus diratah cengkaman zionis tanpa berbuat apa-apa.  Janganlah kita hanya berdiam diri dan hanya mengharapkan mereka disana untuk menyelamatkan Al-Aqsa. Zionis takkan berhenti mencengkam umat Islam Palestin demi kepentingan peribadi mereka. Walau hakikat Allah telah berjanji akan memberikan kemenangan kepada umat Islam, tapi di mana usaha kita? Dengan hanya melihat tanpa berbuat sesuatu? Saya menyeru sekalian umat Islam, ambil peduli dan sama-sama usaha mempertahankan mereka di sana. 







Kebetulan yang mencengkam jiwa, dengan takdir Allah, di sini letupan bunga api berwarna warni berdentam dentum menghiasi langit malam. Saya juga kesempatan melihat sebentar tadi. Tapi di sana, zionis tanpa ada perasaan kemanusiaan terus membedil bumi Palestin. Dengan jet-jet, dan roket yang menghiasi langit di sana.  Bom-bom terbang di sana-sini.

Sama-sama kita doakan semoga ALLAH sentiasa melindungi saudara-saudara kita di Gaza. Pemimpin utama tentera ditakdirkan telah syahid di dalam mempertahankan bumi anbiya. Syurga milik as Syahid Ahmed Al-Jabari..Innalillahi wa inna ilaihiroji'un.. Semoga pemergianmu akan diganti dengan jutaan pejuang kemenangan kebenaran..InsyaALLAH.


Dari FB Aqsa Syarif :

BERITA TERKINI : 


Pemimpin HAMAS Ahmed Jabari syahid oleh tembakan peluru berpandu Israel. Beliau adalah pemimpin No 2 Izzudin al Qassam dan bertanggungjawab dalam pembebasan Gilad Shalit. Beliau adalah antara pemimpin tertinggi HAMAS yang dibunuh selepas Sheikh Ahmad Yassin dan Dr. Abdul Aziz ar Rantisi. Beliau telah menunaikan janjinya kepada Allah dan moga Allah merahmati rohnya.

" Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; 

(A-li’Imraan 3:169)




Marilah kita sama-sama menjadi sebahagian kelompok yang berjuang bersama-sama kebenaran.. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk membantu mereka.. Hatta kecil, ALLAH tetap mengira dan membalas dengan setimpalnya.. ALLAH maha berkuasa..



SecubitSegenggam : Tidak dilupakan, saudara kita di Syria dan Rohingya... Masukkan mereka dalam list doamu.. ALLAH maha mendengar. 

Friday, June 1, 2012

Blog diupdate ;)



Assalamualaikum peopless...

Hiiii....... Da lame sgt saya xpost pape dalam blog usang ni.. Jangan marah haa...
Rasa cepat sangat masa berlalu... Banyak benda best2 dilalui dengan hati senang.. Hikhik..
Ni skrg bulan Rejab.. Bulan depan Syaban dannn Bulan seterusnyaaaa, bulan yang ditunggu tungguuuu... Bulan Ramadhan di mulia...

Ni antara aktiviti saya sekarang...

Jadi Sukarelawan Palestin.. ;))) 



(carila saya yang mane satu hikhik)

Sukarelawan Senior n Junior bergabung... Ini bukan soal kemanusiaan semata, tapi soal akidah umat Islam.. Jangan sampai zionis laknatullah rampas masjid Al Aqsa milik umat Islam.. 

Macam-macam aktiviti kami jalankan saban minggu.. Tu yang bizi tu hikhik.. Kalau nak tahu Palestin kini, boleh ke 



Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”. 
(Riwayat Bukhari)
Persoalannya, mereka di sana, kita di sini.. Adakah kita sama2 termasuk golongan yang memperjuangkan kebenaran?  Jawapannya, tidak mustahil even kita bukan di baitulmaqdis dan sekitarnya, tapi kita care about them, care n do something to them... Kita akan termasuk dalam golongan tersebut..

“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah dia kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah pokok Yahudi”. 
(Riwayat Muslim)
Tanda-tanda semakin nyata dan jelas.. Palestin tercinta menjangkan kemenangan semakin hampir dan bermakna kiamat juga semkain dekat... Semua itu kuasa dan rahsia Allah.. Orang yang teraniaya dan sabar akan mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah.. Diorang dah rasa macam-macam.. Juga dah bersedia dengan bekalan untuk ke destinasi seterusnya... Berlumba2 untuk syahid, untuk berjihad di jalan Allah.. Tapi kita di sini??

From the river to the sea, Palestine will be free...Palestine will be free, its a promise..
Am wishing be there too :((


Wednesday, February 22, 2012

Review Drama Dingin Lavenda



Assalamualaikum... ;)



Weeeee....... Jumpa lagi kita disebalik tabir ni... Cepat je kan rasa masa tu berjalan.. Tup-tup dahhh penghujung Rabiul'awal dan juga minggu last Februari.. Tahun ni Februari ade 29 hari.. Haa gitu dia aterr 4 tahun sekali.. Sape sambut hari lahir pada 29 Februari xkisahla tahun berapa pun, Selamat Hari Lahir saya ucapkan.. Semoga Allah lindungi kalian.. Aamiinnn.....

Post kali ini sebenarnya nak bicara sikit pasal drama TV3 'Dingin Lavenda'. Dingin Lavenda?? 
Iyeee... Dingin Lavenda pukul 9 malam setiap Jumaat tu...


Tibe2 rasa nak review plak pasal crite ni.. Xpenah2.. "Youuu... Crite yang nak habis baru nak cakap??" Lantak.. Jumaat ni, 24 Feb, episod yang ke 12 dah... Dah second last episod.. Nak habis dah.. T____T.. Drama ni ada 13 epi je.. Umum maklum drama ni celupan dari Novel 'Dingin Salju Indiana' ilham dari Nurulsham Saidin. Semoga murah rezeki Puan Nurul ye... Aamiinnn...


Ikutkan 80% je persamaan antara kedua-dua cerita ni saya agak-agaklah sebab novel pun saya tak baca.. Haritu saya ada pergi Popular, tengok belek2 je novel tu.. Baca sinopsis n baca skit2 kat dalam. Tak beli pun. Da tahu da last cmne.. Xsuspen n xsedih2 la nanti.. Nak tahu sinopsis, boleh tanya Mr Gugel yek.. Hikhik..

Mula-mula TV3 tayang, xambik port sgt.. tapi tgk jugak even selang2.. and tahu jgk la jalan crite die skit2.. Nak ikutkan episod awal2 byk jgkla tinggal sbb jumaat mlm kdg2 xingat nak tgk, kdg2 ade hal..kdg2 xblik rumah lagi time tu.. Mcm2...

Tapi lama2 cam jatuh cinta pulak dgn crite ni.. Dgn crite je, hero ke heroin xminat pun.. T______T... Minat watak je kot.. Mmm, bagusla Jannah ni.. Suka sangat.. Dah nama pun Jannah kan.. Mana yang baik, bolehla follow.. Orang yang baik semua orang suka n sayang.. Allah pun sayang..

Siriusly(cam nama Sirius dlm Harry Potter lak) sekarang, pukul 9 malam hari Jumaat, memangla daku akan tercongoklah duduk depan tv.. Selalunya memang tengok sorg2 jerr.. Housemet lain seme2 xlayan n xminat.. Rambut sama hitam, hati lain2 tetiba.. Bagus jugak, nangis sedih tacing2 xde org tengok.. Hikhik.. Nasib baik, kalau tak buat malu jer.. Nila penangan mengata lagi orang yang obses sangat dgn Vanila Coklat.. Tengok2 diri sendiri pulak obses dgn Dingin Lavenda.. Teruknyer.... Tengok, zasss terus Allah balas... Sobsss.. 



Saya ni jenis choosy sikit bila tengok crite, and kalau cerita mengarut2 je jalan crite, mulut saya ni cepat jer 'berzikir' and memang xlayanlah.. Tapi kalau tengok review ke, penerimaan orang ke, drama ni takdelah se 'hot' penangan Nur Kasih hari itu, juga saya follow.. Tapi bagi saya, dari hati yang dalam dan suci ini cehwahh, memang best dari yang lain buat masa ni even diciplak hikss.. Cerita yang sarat dengan pengajaran, nilai2 murni, kawalan kendiri bila berjauhan dari family, saling menasihati, pro n kontra yang jelas antara setiap watak dan banyak lagilah.. 


Tahu sekarang memang ramai producer2 yang ambil langkah terbitkan cerita2 berunsur islamik cenggini.. Memang elokla kan kiranya salah satu usaha untuk memartabatkan kedudukan Islam supaya lebih dihormati oleh semua xkira bangsa dan agama.. Tapi kadang2 kan cerita yang ntah pape, trend tudung, jilbab bagai tapi mesej yang disampaikan xmenjadi.. Bukan nak komen, tapi hakikatnya kita sebagai penonton yang akan menyokong dari belakang.. Jika nak diikutkan, trend Islamik sendiri ramai lagi yang xfaham secara menyeluruh.. Atau buat2 xfaham atau faham tp buat endah tak endah.. Hatta berpegangan tangan antara watak 'suami' dan 'isteri' dalam cerita pun xdibenarkan syarak.. Bila agaknya penerbit2 Islam di luar sana akan berani tampil dengan hasil yang sebenar-benarnya ya??

Semua orang ada pendapat masing2, dan ini pendapat saya yang xseberapa ni..Apa2 pun, ambik yang elok dan tinggal yang xelok jela kan.. Semoga Allah tambahkan dan tetapkan iman kita semua.. Aamiiinnnnn........


SecubitSegenggam : Plsss sape2 ade download full cerita ni dari ep 1 satu sampai sekarang, share dgn saya ye... Stkt ni sy cari xjmpela, myb xcari btl2 kot.. Hee...

Friday, February 3, 2012

(Info) : Bersama anak-anak yatim oleh Heliza Helmi



Assalamualaikum...

Pagi2 jumaat ni, banyakkan selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW..

InsyaAllah xde halangan, sambut maulid di Masjid Al Falah la kite nanti.. Sesape pergi, boleh ketemu hikhik..


(gambar ni memang kecik ek?? klik gambar ke sumbernya..)


Pikir-pikir balik, dalam delima pulak nak pergi ke tak program Bidadari Dunia tu.. Kawan-kawan yang nak di ajak teman pulak xde.. 

Ni pulak program dengan anak-anak yatim, memang da lama berniat untuk bersama mereka ni.. Ni peluang ade, nak tolak sayang pulak.. Da cek gugel, dari rumah ke Agrotek Resort ni makan sejam lebih jugak.. Kalau Putrajaya pun sama.. 

Nantilah pikir-pikir balik macam mana.. Sesape yang rasa nak teman saya gi Agrotek ni, komen ler (muslimat only hikhk).. Ai hargai Yu.. 




Thursday, February 2, 2012

(Info) : Jadual Kuliah Muslimat (Masjid Al Falah)


Assalamualaikum...




( macam biasa ah, lbh jelas besarkan ia okeh ;) )

Oh MAF di hatikuuu... :)


Interesting and interested.. hikhik..

Sabtu n Ahad je la kalu dapat pergi pong.. To all muslimats, meh la kite memeriahkan Masjid Al Falah ni. Tak payah bayar pon.. Pergi kutip ilmu, balik, do and spread the words to all..

Kan Rasulullah SAW pernah pesan  “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi .. 

Tak susah bukan? 



Semoga Allah pelihara kita dalam setiap langkah dan redha kita dalam setiap tindakan..

Aamiinnn..

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday #4




psstt : C u dre ;))

Friday, January 27, 2012

((Video) : Berwuduk Cara Rasulullah












Assalamualaikum... 

Dah lama sebenarnya nak upload vid ni tp asyiknyelaa lupa... Nak kate makan semut, xde pun.. Maybe xsedar ada gak telepas sekor dua dlm mknn ke mnuman ke.. Akibatnye lupa... Ishh ntah pape melalut ke laut.. 


Act nak cakap bout this osem video.. Yeah I know, as a muslim, nak solat wajibla berwuduk dulu kan.. Kalau x, x sah ibadat yang dikerjakan.. Xkshla nak solat ke, baca quran ke, or ape2 sahaja ibadat yang perlu berwuduk.. Sejak dari kecil lagi, kita diajar berwuduk untuk beribadat. Diajar rukun-rukun wuduk yang 6 itu, juga perkara-perkara sunat yang lain.. Tidak lupa juga diajar perkara yang membatalkan wuduk. 

Tapi pernahkah fikir, wuduk yang diambil selama ini adakah menepati piawaian yang ditetapkan.. (Ceh ayat..) Pernah x? Saya xpernah since saya jumpa video yang osem ni..Apa yang diajar, itulah dipraktikkan sehingga kini.. Banyak juga bahan2 bacaan yang mengajar kaedah berwuduk dengan betul.. Juga saya ambil kira semua tu..


Tata cara wuduk kekasih Allah.. Apa jua yang rasulullah buat, itulah berhak yang kita ikut. Model ikutan sepanjang zaman. 

Apa lagi, watch this video n practice in our prayers five times in a day for a lifetime, include other worships.


Do good, leave the bad ;)






Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday #3




pssstt : Jom g sesame... Jumpa kt sana ye...

Thursday, January 19, 2012

Karangan Murid Darjah Lima





Karangan Murid Darjah Lima


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.
Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.
Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.




SecubitSegenggam : Budak-budak sekarang 'advance' dlm pelbagai bidang.. Dulu2 xpernah buat karangan sebegini rupa.. Oppss lupe ada sekali je time Form 1 kena buat karangan sambungan ayat yang diberi.. Saya bantai cerita Senario XX.. Hikhik...

(Video) : Penerang Hati - 6ixth Sense ft Saujana

Assalamualaikum pepagi yang indah ini..





Occay, video for today.. Hikhik.. Like this video, combination of two TERBAIK groups.

Feels that Adi is a bit over, but yess I know it is his singing style.. 



The lyrics :

Mencinta Mu tenangkan jiwa

Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu

Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku

Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku

Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu

Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku

Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi






Point is :

We love ALLAH, ALLAH will loves us..

CINTA ABADI... CINTA HAKIKI...

Wednesday, January 18, 2012

Not So Wordless Wednesday #2.




(klik untuk lebih jelas)



Ok.. 
Is this cantekkk?? Hikhik..

I made it especially for Kak Ha ( Fatimah Syarha bt Mohd Noordin ).

I emailed this picture to her already. Actually "Cinta 'High Class'" is a new product/ 'gift' that will come out soon.. Not really sure when the date, but this year, she said. Can't wait.. Truly, her writing gimme a strenght to be a better muslimah.


I wanna make a collection of all their (Dr Farhan Hadi n Kak Ha) novels.

One thing is, don't know either she like that picture or not.. Hikhik.. Surely, i really2 want to meet her personally... mmmm.. Yup, one of my wishlist, hope this wish will come true, InsyaAllah...

I adore her sooo muchh.... ( herself, her blog/writing, her lifestyle and everything about her)...

Her osemmmm blog tadaaa : (http://sebarkanbahagia.blogspot.com/).










SecubitSegenggam : Waiting for my 'Dr Muslih' ;)

Thursday, January 12, 2012

(Video) : Anak-Anak DSAI Sampaikan Penghargaan



I cried after watching this video.Yes, at office I wiped my tears fell.

The main key, patience in the face of a 'test'.
The power of prayer.
Families united and full of love to each other..


Allah Maha Mengetahui.. 



Wednesday, January 4, 2012

Allah sebaik-baik perancang..



1433 = 2012

Semoga terdapat keajaiban di sebalik aturanMu ya Allah...

ŁˆَŁ…َŁƒَŲ±ُŁˆŲ§ْ ŁˆَŁ…َŁƒَŲ±َ Ų§Ł„Ł„ّŁ‡ُ ŁˆَŲ§Ł„Ł„ّŁ‡ُ Ų®َŁŠْŲ±ُ Ų§Ł„ْŁ…َŲ§ŁƒِŲ±ِŁŠŁ†َ - surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran 
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” 

Akan ku usaha bersungguh-sungguh dengan apa yang diinginkan..


Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan..

Aamiinnn.....



mood - mmmmm....Hanya Allah yang maha Mengetahui...

Not So Wordless Wednesday.



Allah selamatkan kamu....
Wahai budak kecik pengarang jantungku tatkala melihat wajahmu...Rasa geram2 menerjah minda.. Nak gigit-gigit je. Nak cubit-cubit je.......

They r my comel cousin..  
Hari ini 4 Januari 2011, genap usia setahun kamu berdua..

Stay hensem boys!!

(gambar latest xde.. )

kanan - adik aka bulat comel, kiri - abang aka hensem hikhik..


Ikut dari segi fizikal, adik lebih cepat membesar 
dari abang n adik dulu belajar berjalan at the age of 10 months while abang still jalan pegang2 kerusi, dinding etc. Adik sangatlah manja, bongsu la katakan.. Abang stay hensem bila buat muka yang sangat cute mute.. Geram tauuu....

Me and my twin are the first twin in our family history (yg I tahula kan)..
and they r the second.. 



Dua-dua lasak, even jatuh pn xnangis besar.. sekejap je.. apatah lagi bila terhantuk dinding, tersembam bawah kerusi.. U r deserved dgn kelasakan kamu.. haha.. Ummi n ayah dorg hanyalah membiarkan saje anak2 mereka cz dah masak dgn keletah masing-masing.. 

Me one of close niece wit them n one of close cousin with dak-dak kecik ini...
Before, when my uncle and aunt got something urgent to do, they will call me to look after their kids for a while..
For a while blhla... Haha... Baru ku tahu how difficult my mom to look after of us.. HikHik.. Besides, I memang love kids sooo muchh... 

Now, quite about 2 weeks or more didn't see them..Thanks to my cousin coz brought me there since I have nothing yet. After this, insyaAllah.. :) 

Maybe abang now can walk as adik too.. Ouh.. berlari berkejaranlah kita nanti ye..
C u all this weekend okeh!... Can't wait... I have something for u ;)


Ape pun, 

Selamat Hari Lahir buat Muhammad Zaqwan Mohd Zakaria (abang) n Muhammad Zariff Mohd Zakaria (adik) yang pertama...(xpe, dorg da besar nnti dorg akan bace blog ni hikhik).


alkisahnya...

A : Nape xletak Zaquan Zafuan.. 
B : Nama Zafuan xde maksud..
A : Ooo...
C : Letaklah nama imam muda, nanti dapat berkat jadi imam muda..
D : Ape-ape je, asal nama elok..
E : Watever (sambil kiss baby)...
F : Ala tomey-tomey (sambil tolak E n kiss baby)..
G : Tepi-tepi.. Nak ambik gambar baby...


Semoga kamu berdua membesar dengan baik, besar nanti jadi anak-anak yang soleh buat ayah n ummi korang.. Jadi orang yang beriman, berguna untuk agama,bangsa dan negara..


Aamiinnn...


Nanti dah besar, kakak ajak g jalan-jalan k.. G dengar ceramah Ustaz Azhar sama-sama..




Tu je kot.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...