fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: December 2011

Thursday, December 29, 2011

(Tazkirah) : Disebalik suruhan-Nya...









Ali bin Abi Talib r.a. berkata,  "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,  'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' 


Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'  Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' 

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.' 

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.' 

Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' 

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' 

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.' 

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.' 

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu: 
1.  Dibebaskan daripada api neraka. 
2.  Dibebaskan dari nifaq. 

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?' 

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.' 

Kata orang Yahudi lagi, 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.' 

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara: 

1.  Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram). 
2.  Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 
3.  Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 
4.  Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga. 
5.  Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan). 
6.  Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath. 
7.  Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.' 

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.' 

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).' 






Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla ilaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).' 



Petikan Ayat Quran bagi peringatan untuk kita semua: 

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 
(Surah Al-Baqarah: ayat 155) .

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." 
(Surah Al-Baqarah: ayat 286).


Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #2






Jom g sesama nak?

Friday, December 23, 2011

(Tazkirah) : Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran










Beberapa kata renungan dari Qur'an :



Orang yang tidak melakukan solat :

Subuh       : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.

Zuhur      : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.

Asar        : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.

Maghrib    : Tidak diberi penghormatan oleh anak-anaknya.

Isya'          : Dijauhkan ketenangan dalam tidurnya.






Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :


1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.






Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya:


1. Dunia itu racun,  zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,  zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,  zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,  taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,  Ramadhan itu ubatnya.






Thursday, December 22, 2011

(Info) : Syarat-syarat wajib berzakat










SYARAT WAJIB

Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat:


1. IslamZakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2. MerdekaHamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Milik Sempurna Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4. Cukup Nisab Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3700 (bergantung kepada harga semasa emas).

5. Cukup HaulCukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6. Niat Untuk BerniagaSyarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja






Mengapa Wajib Membayar Zakat?

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.



Firman Allah s.w.t dengan bermaksud :

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."







Wednesday, December 21, 2011

(Tazkirah) : Suara Kubur












Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali:


1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu  membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.


3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.




4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Basmallah sebagai  penawar.


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat menjawab pertanyaan mereka.





Tuesday, December 20, 2011

(Video) : Open Your Eyes










Wonderful, awesome, amazing...

Subhanallah....


(Tazkirah) : Antara babi dan ayam

Antara babi dan ayam...........




Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. Mereka berkata, “umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandungi cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan modern dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses  sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi".


Dengan kepandaian yang dimiliki oleh  Imam Muhammad Abduh, beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan  dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina.


Mereka bertanya, "Untuk apa?,” beliau menjawab, "Penuhi permintaan saya! Dan saya akan  perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!!!".


Imam Muhammad Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama  satu ekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling serang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati. Kemudian Muhammad Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka  melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina. Kali ini mereka  menyaksikan keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling membantu untuk melaksanakan 'hajatnya' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga  diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul  sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina. 

Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah'(cemburu) orang yang memakannya. Itulah yang terjadi sekarang ini. Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika  melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, hanya membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. 

Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR? Jadi berhati-hatilah dengan makanan  anda...



Monday, December 19, 2011

(Tazkirah) : Air Mata Taubat Nabi Adam a.s





Tahukah semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun.

Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. 

Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." 

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."




Hebatnya nabi Allah.. Menangis sehingga taubat diterima.. Kita???

(Tazkirah) : Anda belum matang sekiranya…







Anda belum matang sekiranya…


1.       MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

2.       RELA menunggu berjam-jam, dalam hujan pula,untuk melihat gadis yang anda minat atau cintai melintas jalan atau lalu depan anda sedangkan anda solat secara expres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.

3.       MEMARAHI bahkan sanggup memukul  adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina  oleh wanita yang anda minati. Angau terlampau!

4.       SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun bahkan memegang sekalipun!

5.       ASYIK terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

6.       SUSAH hati jika tidak menerima surat, e-mail, SMS atau panggilan daripada orang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon,  atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.

7.       MEMAKAI pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

8.       LEBIH banyak mengucapkan kalimah-kalimah cinta seperti ‘I Love U’, ‘I Miss U’, serta  menghafal lirik lagu yang melalaikan dari menyebut kalimah-kalimah suci Allah seperti:  Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar.

9.       SANGGUP berhabis beratus-ratus wang gaji malahan beribu-ribu untuk membeli barangan kesukaan tetapi sangat liat untuk mendermakan wang hatta RM1 kepada yang memerlukan.

10.   RELA menghabiskan masa menonton cerita atau filem yang melalaikan tetapi tidak mampu untuk bertahan menonton usrah atau program kebaikan walaupun hanya setengah jam.

11.   SANGGUP menempuh perjalanan di luar semata-mata untuk berseronok yang merugikan masa dari singgah ke masjid untuk solat berjemaah.

12.   TIDAK berani melawan kata-kata kekasih dan sangat menghormati akibat cinta tetapi perlakuan terhadap ibu bapa adalah sebaliknya.






Haaa btl x list2 kat atas? Ce tgk diri masing2 ada x yang terkena n terasa? 

Saya yang mane satu? Uishh saya da matang sebab tu xde dalam senarai.. Hahah(orang matang gelak dalam hati)


Friday, December 16, 2011

(Tazkirah) : Perubahan











“Awak ambik kos pendidikan Islam...”


“tak…”


“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”


“Tak juga, saya program sains la…”


“saya ingatkan ustazah tadi…” 


Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…


Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. 
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...


Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.


"Dahtu kenapa bertudung labuh?"


Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…


“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”


Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…


Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…


“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”


Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.


“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”


“Kenapa saya”


“Sebab saya tengok awak alim je”


“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???" 


Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… 


Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.


Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D


*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...


*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.






https://www.facebook.com/pages/khazinatul-asrar/139517509395978





dengan mengeluarkan kata kata agama,
tidak semestinya aku seorang ustazah

labuhnya tudung ku,
tidak semestinya aku seorang yang alim

dengan menasihati orang lain
tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya

aku cuma insan biasa
yang mempunyai keinginan seperti kamu

cuma aku berkongsi
apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu

dan mengingati diri sendiri
supaya menjadi lebih baik..:)




Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang penuh barakah ;) 

Bukan saya saje2 suka copy paste karya orang lain, tapi karya tersebut buat hati saya terkesan so, tiada salahnya kalau ambil n share to all rite? Karya tersebut juga seolah-olah agak kena dgn diri saya. 

Yang membezakan antara manusia adalah amalan masing-masing. Tiada salahnya sesama kita menegur kerana  sampai bila-bila pun kita tidak akan mencapai kesempurnaan hidup. 

Berbuat kesalahan itu bukanlah sesuatu yang asing, kerana itu fitrah manusia. Sama ada secara sengaja atau tidak, Allah lebih mengetahui. Sama juga dengan fitrah manusia yang ingin berbuat kebaikan (Alhamdulillah Allah limpahkan rahmat), ingin bercinta, ingin memiliki semua yang ada di dunia ini, ingin menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik dan sebagainya.



Hati

Bukankah semua yang terjadi itu kehendakNya? Niat untuk berbuat sesuatu tidak kira jahat atau baik, bermula dari hati. Hati orang mukmin tidak sama dengan orang bukan mukmin. Kesedaran membezakan sesuatu yang jahat dan baik akan mendorong akal untuk berubah. Hati hati dengan hati, itu yang saya selalu praktikkan dalam setiap perkara. Saya sendiri pernah hanyut tapi bangkit atas keinsafan diri. Malahan perkara lalu membuatkan saya lebih sedar akan semua hakikat yang ada. Jangan ditanya bagaimana rasa kerana sesungguhnya hanyalah rasa syukur kerana dapat merasai nikmat rahmat. Terima kasih Allah atas hadiah hebat itu.



Perubahan

Perubahan hidup berlaku perlahan-lahan, berbagai ujian datang 'meneman', tiadalah selainNya tempat saya meluahkan segalanya. Allah menguji tanda Allah sayangkan hambaNya, kerana, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


Macam-macam perkara terjadi dalam setahun ini, sampaikan tidak sedar semuanya telah berlalu. Kadang-kadang rasa tidak percaya kerana dapat mengharungi kesemuanya dengan baik, ya tidak semua tapi puas hati dengan perjalanan hidup. Ada keluarga yang memahami, kawan-kawan yang sekepala, dan paling penting Dia ada dalam hati. Sebab itu saya tidak berani sangat nak menyimpan azam, kerana tahu bukan mudah untuk laksanakan. Apa yang saya buat, jika dirasakan elok, saya teruskan sehingga berjaya dan mana yang tidak elok, masih lagi ada dalam diri, perlahan-lahan saya tinggalkan. 'Planning' hidup saya sepanjang beberapa tahun asyiklah berubah, juga seiring dengan perubahan masa. Peoples changed. Itu sudah pasti kerana proses mengalami sesuatu itu akan mengubah persepsi setiap insan. 

Lately banyak perkara baik menyinggah sampaikan rasa macam ada apa-apa ke ni.. Tapi xnak lah fikir bukan-bukan. Just biarkan semua tu, dan layan elok-elok.. Saya tahu tidak semua yang kita nak kan kita akan dapat, tetapi apa yang ada, sudah memadai untuk sekarang. Lantaran, kerja keras perlu untuk dapat yang terbaik. Man jadda wajada. 
Dalam firman Allah Surat Ar Rad ayat 11 ditegaskan : ” Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri ”. 


Perlu diingat, tidak semua benda itu baik untuk kita, kita hanya merancang, Allah yang menentukan dan Dialah sebaik-baik perancang. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita tak suka itu sebenarnya membawa keuntungan yang tak ternilai, dan apa yang kita suka sebenarnya dalam diam-diam membawa kita ke lembah kehancuran.
Inilah realiti kehidupan yang tidak boleh dijual beli. 

Kebanyakan perkara yang berlaku, saya biasanya simpan sendiri melainkan perkara tersebut perlu dikongsi barulah dia, dia n dia yang saya cari.. Alhamdulillah saya bukan jenis cepat terpengaruh dalam kebanyakan situasi terutama dalam bab berkawan. Memang hidup perlu berkawan tapi kenalah pandai memilih terutama yang boleh membawa kita ke arah menjadi yang lebih baik. Barulah ketenangan dapat dirasai. Hidup mesti berpandukan keimanan, kerana jika memilih untuk melakukan maksiat maka ketenangan hanyalah datang dan pergi dan seolah-olah hidup tiada arah ibarat layang-layang yang terputus tali dan terputus dari bayangan tuannya. Maka apa gunanya untuk hidup melainkan kembali kepadaNya.





Point is, jom sama-sama kita simpan DIA dalam hati kita ok. ;))


Assalam




Thursday, December 15, 2011









Semua orang risaukan perkara yang telah ditetapkan Allah seperti jodoh dan rezeki,

semua orang bekerja siang malam kerana risaukan rezekinya sedangkan ia telah pun ditetapkan,

semua orang risau dan couple sana sini,memilih sana sini siapa pasangannya sedangkan
jodohnya telah pun tertulis di lauh mahfuz beribu-ribu tahun sebelum dia dilahirkan,


Tapi sayang sekali ramai yang tidak risau perkara yang belum ditetapkan seperti iman,amal,ilmu, mizan,bekalan akhirat,syurga atau neraka dan perkara itu langsung tidak dirisaukan dan tidak diusahakan seperti mana hal jodoh dan rezeki diusahakan....

'Sesungguhnya syaitan itu menghiasi amal-amal kamu yang salah agar kamu memandang ia baik'

Nak dapat pasangan yang baik bukan perlu dicari sebab ia telah pun tersedia,
tapi nak yang terbaik,kita kena baikkan diri kerana tahap 'baik' pasangan kita bergantung pada tahap 'baik' kita...

Wednesday, December 14, 2011

(Tazkirah) : 6 Pesanan Untuk Wanita



Assalamualaikum ... ;)

6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam.

Sama-sama kita amalkan, insya Allah:- 

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut. 

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat. 

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah "Ya 
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari 
ini." 


4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya. 

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup 
sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut. 

6. Galak suami untuk bermujahadah atas agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. 




Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman 
wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...