fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: August 2011

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432H

Assalamualaikum wbt.

Salam Syawal buat semua umat islam di seluruh dunia saya ucapkan.. Walau muka tak bersua, tangan tak berjabat, kita tetap berada di bawah bulan yang sama..


Oh hoi hoii... Raya datang lagi bersama tora. Habis sudah puasa sebulan. Semoga ibadah kita semua diterima Yang Maha Esa. Amin..


Setiap tahun Syawalku (bukan bf nama Syawal ok tak lawak) bawak cerita berbeda gitu yaa..

Sebenarnya dalam hati ni xsepenuhnya rasa nak raya tu ada. Tak meresap dalam jiwa batin sanubari ini.. Sumpah rasa nak pose pose dan pose lagi.. Pose memang sangat the best lah kalau boleh memang nak peluk je tak nak bagi pergi eh janganlah tinggalkan daku sambil berlari lari anak berkejaran di tepi parit cikgu Shida gitunye pun aduhai kata ko. Siang tak rasa lapar (jimat duit xpayah susah g cari lunch asik sumbat mcd je tupun sebulan sekali belum tentu dalam setahun), n malam pulak ada terawih. Mane bulan2 lain ada. Seharusnyalah bulan2 lain patut ada rasa kejelesan disitu.. Pahala ibadat pulak berganda2 dapat. Sekarang ada lagi? Memang tak la..


Pagi-pagi Syawal haruslah rutin macam biasa dari dulu sampai belum kahwin, kalau tak baju2 melaram hah berlonggok tepi iron mintak hakak ni jugak tolong ironkan sebab malam2 sebelumnya bizi dgn hal lain tidur lewat bangun awal siap itu ini bagai. Memang tak sah la kan..
Makan n go to solatlah. Tapi tula, dah makan tahun jugak asiknye xdapatla nak buat ibadat sunat tu. So, rutin jugak xberubah cuma xg solat, pergilah ke dapur menghidangkan ini itu untuk santapan. Atas meja penuh memang dah xde ruang letak ape2 kecuali siku sebelah je sambil mata hintai yang mana berkenan dengan anak tekak.
Rasa insaf tiba2 datang tringatkan rakyat Somalia yang sekarang dilanda kebuluran. Kalau diorang dapat makan apa yang kita makan, tentulah hati dikerumuni kegembiraan sekaligus gembira juga untuk kita. Tapi ingatan tu tiba2 hilang sebab tiba2 adik datang menyergah lembut "kak long, bagi gelas tu..".




Pas kenyang, bersalaman bagai.. Mintak maaf atas salah silap untuk sepanjang tahun.. Maaf zahir batin..




Ok, sesi dalam rumah da hampir selesai. Sekarang saya ada press conference.. Sila bagi perhatian, fokus ya kamu kamu dan kamu yang paling tepi tu, kalau x memang dah kena hempuking dengan mic ni.. Sila bagi perhatian okeh.



"EHEM EHEM EH RENDANG TERLEKAT KAT KERONGKONG.. Saya dengan ini, dengan rendah diri yang sememangnya, minta maaf setulusnya atas segala apa jua perbuatan, percakapan yang menyakitkan, jiwaku tersentuh atas perbuatan mu gitu, dan apa sahaja yang boleh merencatkan proses perhubungan. Tak kira pada sesiapa sekalipun, sesungguhnya saya hanyalah insan lemah terkadang sengaja atau tak sengaja.. Maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki.. Maaf zahir batin. Salah silap harap diberi teguran terima kasih..."




Okay, iklan tulus hati saya dah tamat, bolehlah korang sambung balik makan kuih bangkit terus dari kerusi sebab nak gi duduk depan tv tengok citer rooney & drogba sesungguhnya sangat yang amatlah lawak sampai gelak xkuar suara n tisu digenggam erat untuk mengelap air mata yang tumpah tak boleh nak disimpan lagi sebab rasa tekanan perasaan yang menggunuing akibat ditinggalkan oleh seseorang eh eh..
Gelak dalam hati rasa cam nak terburai isi perut haruslah cover kat tetamu sambil menjeling dari dapur sebab buat refill..
Dapat pulak adik yang jenis funny bone memang sejibik zizan punya peel membuatkan daku aduh oh terpaksa berselindung dalam bilik sebab nak cover ketawa yang macam hape punya pasal buat malu je pakai dah ok sekali bukak mulut ketawa tak hengat memang mak mentua tengok terus reject nak buat calon menantu hah ko menangis kat situ tak ada guuunanya lagi tapikan dalam hati tekad nak ubah perangai cenggitu bia meced sikit insyaAllah...



Alhamdulillah, nak jugak berkongsi kegembiraan sebab tahun ni dapat 2 jubah orang bagi foc gitu memang sangat memahamilah diri ini dengan mendalamnya atas kecintaan terhadap abaya/jubah..
Haruslah dipakai 1st n 2nd day raya.....


Okay setakat ni je ceritaku sambil menghadap tat nenas n tak kuar beraya lagi ni mampu?.


Mood - xrasa sangat nak raya ni. Gambar pun ambik sekeping 2 je..

Memang dah cun dah kan tapi 2 kali imbas aduhainye pon nampak kaki la pulak xbesetokin yela dalam umah je pun. Tapi atas kemalasan nak crop, so xdelah hiasan wallpaper..


Lagi jumpa assalamualaikum sambil makan kueh ingatlah ku disini dengan sampul yang berisi cehwah..



SecubitSegenggam : layan lagu arwah Sudirman, dari jauh ku pohon maaf padamu lah.


Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday

































.........................................................................Ramadhan dah nak habis

     T_T





Monday, August 22, 2011

My first trial

Assalamualaikum..

Apa khabar kalian.. How fast so far? Act, this is my 1st attempt using my cheap handphone. As long as what was typed out. Hehehe.. Wah gitu kan saya saje nak kepoh2 pulaknye pun aduinye.. The important intention that there should be shared.. Tapi tula xda plak ctrl c, x, z, y kan.. Ok, next post, saya akan story mory bout my puasa..

Semoga kita semua dilimpahi rahmatNya..

Assalamualaikum..

Monday, August 15, 2011

(Tazkirah) : 15 Sebab Turunnya Bala




Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu": 


1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa). 

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri. 

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing. 

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. 

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising. 

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid. 

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. 

11. Apabila arak menjadi minuman biasa. 

12. Apabila lelaki memakai sutera. 

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. 

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. 

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.



Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat. Amar makruf nahi mungkar dan semoga al quran dan as sunnah dijadikan pedoman oleh semua.




(Tazkirah) : 10 laluan yang dilalui oleh manusia sehingga akhirat.




Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk bertemu Allah...


10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat:


Bagaimana memudahkannya?



LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)


LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati


LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH


LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.A.W.


LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya




(Tazkirah) : Perihal hati,




Jika kita bergantung penuh pada Allah. Kita tidak akan lekas menggelabah. Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.

Sentiasalah sucikan hati, memohon ampun dan beristighfar padaNya.

Ingat Allah.... hati jadi tenang..!

 

i. Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana... 
kita masih hina dalam penilaian Allah.

ii. Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia...
kita masih belum mengadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

iii. Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal...
maknanya bantuan Allah sudah tiba.

iv. Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar)...
tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.

v. Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah...
  seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.

vi. Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah... 
tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.

vii. Andai dalam hati dapat menerima segala ketentuan (pahit/manis kehidupan)... tandanya Allah redho pada kita.

viii. Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...
 tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya.





Saturday, August 13, 2011

(Tazkirah) : 12 Barisan di akhirat.


Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18.

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." 

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan."Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.



Ų­ŁŠŲ« ŁƒŁ†Ų§ ŁŁŠ Ų§Ł„Ų®Ų·؟

Thursday, August 4, 2011

(Tazkirah) : 9 hadiah






9 hadiah Allah di dunia untuk orang yang bertakwa.

Kehidupan orang-orang yang bertakwa sangat indah  dan beruntung. Di dunia lagi Allah telah menjanjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkanNya di dalam Al-quran:

  1. Sentiasa mendapat petunjuk :  “mereka itulah ( orang-orang yang bertakwa ) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung”
    ( Al-Baqarah: 5 ) 
  2.  Diberi penyelesaian daripada masalah : “dan sesisapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberi kepadanya jalan keluar”.
    ( At-Thalaq: 2 )
  3. Dipermudah segala urusan : “dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah  nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya”.
    ( At-Thalaq : 4 )
  4. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga :  “dan memberinya ( orang bertakwa ) rezeki dari sumber yang tidak terduga”
    ( At-Thalaq : 3 )
  5. Dikasihi oleh Allah ( dengan itu akan dikasihi malaikat dan manusia  ) : “ sesungguhnya Allah  mengasihi orang-orang yang bertakwa”.
    ( Ali Imran : 76 )
  6. Mendapat kebekatan dari langit dan bumi: “jika seluruh penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi”.
    ( Al A`raf : 96 )
  7. Mendapat keselamatan dan perlindungan dari Allah : “dan kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa”.
    ( Al Fussilat : 18 )
    “….dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah bersama ( menolong dan melindungi ) orang-orang yang bertakwa” .
    ( Al-Baqarah : 194 )
  8. Mendapat kemenangan : “sesungguhnya orang-orang bertakwa mendapat kemenangan”.
    ( An Naba` : 120 )
  9. diberikan Furqan ( petunjuk untuk membezakan yang benar dan yang salah ) : “jika kamu bertakwa kepada Allahnescaya dia akan memberikan kepada kamu Furqan”.
    ( Al-Anfal : 29 )

(Tazkirah) : 6 Soalan




Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan itu benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana mereka tidak boleh memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, mnusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.






Fikir-fikirkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...