fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: July 2011

Sunday, July 31, 2011

(Tazkirah) : Bulan Ramadhan




Wahai orang-orang yang beriman…

“.. Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..”
(surah al baqarah ayat 183)







Sejarah Ramadhan.

1.     Ramadhan: beerti panas terik.
2.     Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut sebagai (syahru ramadhana).
3.     Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4.     Bulan di mana Nabi saw mengambil semula Mekah dari tangan musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5.     Di dalamnya dipilih terdapat Malam al-Qadar yakni lebih baik daripada seribu bulan.
6.     Dipilih untuk ibadat puasa.
7.     Di pilih untuk lain-lain ibadat (tadarus al-quran).



Kelebihan bulan Ramadhan.

1.     Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2.     Bulan penuh keberkatan.
3.     Di malamnya ada malam lebih baik dari seribu bulan.
4.     Amalan solat sunat menyamai amalan fardhu.
5.     Amalan fardhu mendapat pahala 70 kali ganda.
6.     Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7.     Bulan menambah rezeki.
8.     Memberi rezeki berbuka mendapat banyak pahala.
9.     Bulan keamapunan :
-         Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
-         Juga doa sepertiga malam.
-         10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
-         10 hari pertengahan adalah pengampunan,
-         10 hari terakhir adalah kemerdekaan api neraka.



Amalan-amalan di bulan Ramadhan.
(tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)


1.     Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2.     Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3.     Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
4.     Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam.
5.     Berazam melakukan tarawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
6.     Bertadarus secara bersemak (bukan bersendirian).
7.     Solat berjemaah setiap waktu.
8.     Solat jemaah di masjid/surau.
9.     Amalkan qiamullail walaupum pendek.
10.   Sahur di akhir waktu.
11.   Sahur – untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12.   Mandi Janabat sebelum imsak.
13.   Kurangkan tidur.
14.   Tunaikan solat sunat Fajar (solat sunat subuh).
15.   Tunaikan solat sunat Dhuha.
16.   Tidur qailullah (satu jam sebelum Zohor).
17.   Tunaikan solat Rawatib.
18.   Jaga pancaindera.
19.   Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari sehingga berbuka.
20.   Hadiri majlis ilmu.
21.   Buat baik kepada ibu bapa.
22.   Isteri hendaklah taat kepada suami.
23.   Banyakkan bersedekah.
24.   Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
25.   Berbuka bersama orang tua.
26.   Jemput tetamu berbuka.
27.    Kurangkan berat badan.
28.    Banyakkan I’tikaf di masjid (lelaki sahaja).
29.    Baiki hubungan suami isteri.
30.    Baiki hubungan jiran.
31.    Baiki hubungan sesama masyarakat.
32.    Isteri jauhkan daripada keluar memakai mekap dan perhiasan.
33.    Elakkan berbelanja berlebihan.
34.    Kuatkan kesabaran.
35.    Perbanyakkan selawat, istighfar, bertasbih dan berzikir.
36.    Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
37.    Mengejutkan anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
38.    Elakkan menonton tv yang mengandungi nafsu.
39.    Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan.
40.    Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
41.    Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
42.    Melazimkan solat waktu.
43.    Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
44.    Elakkan banyak berhutang.
45.    Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan dan takut tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
46.    Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau yang meninggal dunia.
47.    Mengeluarkan zakat fitrah.






Wednesday, July 27, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Assalamualaikum...

Hari ini da masuk 26 syaban, di mana tinggal lagi 4 hari je kita semua umat Islam nak sambut bulan yang mulia, bulan yang penuh barakah tak lain tak bukan bulan Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan. Bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan..Tak gitu kome sekalian? Uihh saya saat ni betul2 xsabar nak pose ni.. Alhamdulillah, persiapan mental n fizikal da dipersiapkan.. Apa kata kita serap segala2 kebaikan yang ada dalam bulan Ramadhan ni, yela sekali setahun je pun, nak2 kita ni belum tahu ajal maut bila, Ramadhan akan datang belum tentu dapat jumpa lagi kan.. 


Sesiapa yang bernama Ramadhan pun saya nak ucap selamat menyambut Ramadhan ye.
Saya pun dengan serendah hati ni nak minta maaf kpd semua teman2 xkire anda semua kat mana sekalipun, xkira siapa sekalipun, kenal ke x ke, kenal kat luar ke, kenal dalam FB ke, teman2 dari kecik sampai la sekarang, teman2 yang baru berkenalan, dan segala bagai.. Minta maaf andai terkasar bahasa, terguriskan hati kalian, termenade nade, termenyampah hampas, xsenyum, tersombong, dan segala-gala yang bersangkutan dengan alam semesta. Saya insan biasa yang sangat biasa buat silap, kadang2 lupa nak minta maaf balik, kadang2 pentingkan diri sendiri, memang my mistake la tu.. 

Saya berharap sesangat Ramadhan kali ni lain dari yang sebelumnya, dapat catch up buat ibadat dengan sepenuhnya, dapat ubah perangai2 yang xcantik, dapat bersihkan hati, dapat khatam quran lagi, masa berbuka xpelahap cam dulu2, cuba kurangkan lagi waktu tidur, dan segala kebaikan dapat disedut sebaiknya.. Alhamdulillah, jadual saya da pun dimanagekan dengan dikurangkan sedikit aktiviti2 kerja demi fokus Ramadhan ni.

Apa2 jua sekalipun, untuk kebaikan, bukanlah hanya tunggu Ramadhan je, tapi orang kata sekurang-kurangnya hormat la sikit bulan Ramadhan ni kan. Yela, time ni je pun pahala berlipat kali ganda Allah bagi cash je. Yang paling happy bila ramai yang menghormati Ramadhan ni dengan berbagai-bagai cara, contoh, tutup aurat sebaiknya,perkara sia-sia dikurangkan dan macam-macam lagi kan.. Itu pun salah satu langkah ke arah kebaikan jugak.. Rahmat Allah datang kalau kita buat xtahu memang sia2 jela.. So, sesiapa rase terdetik di hati nak buat kebaikan tu, jangan ragu2 lagi. Teruskan niat murni anda sesungguhnya hikmah datang tanpa anda sedari.Yang penting sentiasalah bersangka baik dengan Pencipta kita dan Dia lah jua sebaik2 perancang.

Satu lagi, orang perempuan memang xlari dari ABC(Allah Bagi Cuti). So, saya sarankan pada semua juga diri saya, time2 tu, banyakkan zikir dan ibadat2 sunat lain bagi redeem balik apa yang kita xdapat buat sepenuhnya contoh selawat ni. Paling sedih yang teramat bila ABC time 10 malam terakhir, memang nangis takde lagu  jawab die. Redha jela. Penawar die, ibadat2 yang kita dapat buat jela kita sebat. Ingat ye kaum hawa, kalau ABC tu kena buat cara ABC, kalau kita berkeras pose jugak, dosa je dapat. Maksud saya, tahan xmakan n minum n seolah-olah anggap diri pun berpuasa.Haa gitu..

Ok la kut, lagi jumpa, last but not least karangan berhemah saya ni, semoga Ramadhan kita kali ni lebih baik dari yang sebelumnya, semoga dapat kita bersihkan hati sebersihnya, dan semoga sama2 bermaafan di antara satu sama lain. Marilah sama2 kita hayati bulan Ramadhan kali ni.

Assalamualaikum..

Tuesday, July 5, 2011

(Tazkirah) : Jom sama-sama berselawat



Assalamualaikum... ;)

Salam Israk Mikraj dan Salam Syaban semua..
 Lame saya xupdated blog ni.. Agak ke'hectic'an.. Sangat2.. 


Ok, move forward to main subject.

Saya memang mengamalkan selawat ni and apakata kalau korang pun join sebadan..Yela, dalam satu hari at least ada lah jugak yang dibuat ye dok, ini tak satu hari ke esoknye abis camtu je.. Tak ke membazir amalan syaitan namanya...

Ok bace ni dulu..
  
Wahhhh... nilai beratus kali ganda tu..kalau cnvrt duit memang da kayo eden.. kayoo... Tapi alangkah lagi besar nikmatnya ia akan menjadi penyelamat kita di 'sana' nanti bukan? 
  
 
 nilah die selawat yang best tu..


**klik untuk besarkan


K guys... From now onwards, bolehla sama-sama kite hapal. Kita sama-sama baca n kita sama-sama bagi malaikat penat nak catit amalan kite ye...

Ok, tu je ntuk kali ni :)




creditssss to : SRI Tahfiz Sg Serai


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...