fzs ...Baik itu datangya dari Allah SWT, buruk itu dari diri sendiri...: October 2010

Saturday, October 30, 2010

(Tazkirah) : Azab wanita


Azab Bagi Wanita
(tolong ingatkan kepada semua kaum  wanita yang anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat,
Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
                                                                    
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat        
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.  

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?                                                                              

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.                                                                                                 

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya  kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.                                                                 

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kala jengking padanya kerana dia boleh bersolat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.                                                                                               

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.                                                                          


Dan inilah peringatan kepada kaum wanita juga kepada diri saya sendiri..                                                                         



Thursday, October 28, 2010

(Tazkirah) : Muhasabah diri sebelum berkahwin.




Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.





(Tazkirah) : Tugas anak-anak Syaitan




Sudah menjadi dasar syaitan mengganggu dan menggoda keturunan Nabi Adam a.s bukan sahaja syaitan yang melakukannya tetapi begitulah juga halnya dengan anak-anak syaitan. Mereka (anak-anak syaitan) ini sememangnya mahir dalam menjalankan tugas-tugas mereka mengganggu dan menggoda manusia. Anak-anak syaitan yang diberi tugas dan tempat pekerjaan mereka berlainan diantara satu sama lain. Anak syaitan lima semuanya dan nama mereka ialah Tsabr,Al-A'war,Miswath, Dasim dan Zaknabur.



 

TSABR
Tsabr adalah anak syaitan yang ditugaskan membawa maksiat,kesusahan dan kesedihan hati kepada manusia. Kiranya ada yang mendapat musibat. Tsabr pasti tiba serta membisikkan mereka yang berkenaan itu supaya melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan seperti membunuh diri kerana tidak tertanggung berat musibat itu. Sekecil-kecil bisikan pun Tsabr menyuruh mereka itu melompat dengan tidak menentu sambil mengoyakkan pakaian yang dipakai, memukul pipi atau mengetuk kepala sendiri dengan penuh kekesalan. Bagi mereka yang sedang menghadapi kekecewaan,merana kelukaan hati kerana kehilangan sesuatu yang disayangi, Tsabr akan menghubungkan hati mereka kepada kesayangan itu. Seseorang ibu yang kematian anak yang satu-satunya akan meratapi siang dan amalam hingga lupa makan, lupa kewajipan,lupa pada suami dan lama kelamaan akan hilang akal lalu jadi gila atau setidak-tidaknya kurang daya ingatan (nyanyuk). Begitulah tugas Tsabr menggoda manusia dan membawa musibat dan kebinasaan.



AL-A'WAR

Al-A'war ialah anak syaitan yang kedua ini picing matanya sebelah atau lebih tepat lagi erti Al-Awar itu buta sebelah matanya. Tugasnya pula menyebarkan perzinaan dan perbuatan nista dan keji. Apabila seseorang itu telah dibisikkan supaya masuk kedalam penzinaan,susah hendak keluar balik. Sama ada perempuan,lelaki yang masih bujang mahupun sudah bersuami atau beristeri. Sesiapa yang terbabit itu memanglah sesuai dikatakan buta sebelah matanya seperti Al-Awar. Seorang suami yang mempunyai isteri yang cantik boleh ditipu oleh Al-Awar sehingga suami itu menjadi tertarik kepada orang gaji mereka yang
tidak secantik isterinya. Begitu juga yang brelaku kepada isteri yang mempunyai suami yang gagah didalam aspek batin akan tertarik kepada pemandu dan tukang kebun lantaran bisikan Al-Awar. Dihiasi dengan kebaikan, keseronokan apabila melakukan perzinaan itu.


MISWATH

Miswath tugasnya ialah menyebarkan dakyah yang tentunya dusta,khabar angin serta berita yang bohong semata-mata mahukan manusia menjadi kalut dan kacau bilau. Lebih-lebih lagi mengenai berita seharian atau berita yang menakutkan dan menggemparkan. Terlalu banyak manusia rugi dan melarat kerana percayakan berita bohong. Miswath akan menyampaikan berita bohong kepada seseorang yang dijumpainya apabila dia dengar bohong. Miswath bukan hanya membisikkan kehati seseorang manusia tetapi menjelma menyamar sebagai manusia semata-mata mahu menjahanamkan umat manusia sejagat. Miswath ertinya pengadun yang dibuat daripada kayu atau lainnya digunakan untuk mengadun. Oleh itu sesuai jugalah nama Miswath itu sebagai mengadun (mengocak) masyarakat yang sedang tenang damai menjadi kacau bilau dengan berita-berita bohong.


DASIM

Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugas Dasim ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana tiba saja seseorang itu meradang kepada ahli keluarganya. Marah yang datang dengan tiba-tiba ini selalunya menjadi sengit dan seperti marah yang dipendamkan atau dengan tiba-tiba. Ahli rumah yang mendengar atau melihat kemarahan dengan tiba-tiba itu biasanya tidak mahu menerima dengan begitu saja tanpa membela diri, sama ada anak-anak mahupun si isteri. Apabila ini berlaku maka pertengakaran hebat akan terjadi. Sekiranya si bapa mengeluarkan sepuluh perkataan dalam marahnya itu, ahli rumah akan mengeluarkan seratus perkataan bagi membela diri. Jika dijawab lagi tentu masing-masing pihak akan bertambah sengit yang akhirnya menjadi perang mulut. Syaitan Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya berpindah menjadi pergelutan,tumbuk menumbuk,tampar menampar. Itulah tugas atau kerja Dasim.


ZAKNABUR

Zaknabur anak syaitan yang kelima ini ditugaskan untuk mengadu domba antara pedagang dengan pembeli. Dia akan memancangkan benderanya dipasar untuk menarik minat atau perhatian orang ramai kepadanya. Dibisikkan kehati peniaga-peniaga supaya berlaku curang dalam sukatan, timbangan dan hitungan. Tambahan pula Zaknabur akan membisikkan sipa peniaga memastikan barangannya yang tidak elok supaya dicampurkan kedalam yang elok
supaya tidak kelihatan dan menjualkannya kepada pembeli demi untuk mengaut keuntungan yang lebih serta banyak. Begitulah Zaknabur mengajarkan kecurangan kepada pedagang. Bagaimana pula dengan pembeli? Kepada pembelinya pula diajar supaya berhutang apa lagi yang sudah menjadi langganan. Kemudian Zaknabur membisikkan supaya hutang piutang itu jangan dibayar. Gaduh, bising, kacau bilau terjadi dipasar itu, ini menandakan usaha Syaitan Zaknabur telah terhasil. Tugas-tugas yang dijalankan oleh kelima-lima anak Syaitan itu adalah tugas utama mereka dan mereka tidak menjalankan sendirian untuk menyesatkan umat manusia. Mereka menggunakan pembantu-pembantu mereka yang menjalankan tugas masing-masing melalui arahan mereka berlima. Diterangkan mengenai anak-anak syaitan ini bukanlah bertujuan untuk mengingati namanya saja tetapi memberi peringatan tentang Syaitan dan tugas-tugas mereka yang telah diberikan oleh Iblis kepada mereka. Semoga kita sentiasa berwaspada selalu dan tidak menjadikan Syaitan itu berkuasa membisikkan kehati kita lalu mengikut ataupun mentaatinya tanpa sedar. 





Firman Allah SWT ertinya: "Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia." (Surah An-Nass 4,5 dan 6)







dipetik dari harakahdaily 

Wednesday, October 20, 2010

(Tazkirah) : Cantiknya wanita




Allah s.w.t. berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."










"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

(Info) : Ilmu yang ada perlu dikongsi




Alkisahnya..

"Resepi yang mak bagi ni..Chek jangan bagi kat oghang lain tau." kata ibu mertua saya dalam loghat Pulau Pinangnya.


"Ha'a la kak..jangan bagi kat oghang resepi tu" kata adik ipar (perempuan) saya pula.


"Kenapa mak?" tanya saya kehairanan. Pada saya apa salahnya jika resepi itu dikongsi dengan orang lain.


"Itu resepi istimewa mak. Dengan resepi tu boleh buat duit. Oghang juai resepi la ni tau" kata ibu mertua saya lagi.


Betul. Resepi memang boleh dijual. Di kedai-kedai buku bersepah buku resepi yang pelbagai tapi itu kalau sudah menjadi buku resepi. Adakah ibu mertua saya ingin terbitkan buku resepinya sendiri? Bagus jugak jika dia ingin berbuat demikian.


"Kalau oghang dah tau resepi tu, nanti oghang tak mai tempah dah kuih ni dengan kita, oghang akan buat sendiri. Nanti slow la bisnes kita" ibu mertua saya menambah.


Begitu rupanya. Saya terdiam... tidak berkata apa-apa. Sesekali ingin juga saya menyatakan pendapat saya tapi saya pendamkan saja di lubuk hati, bimbang perasaan ibu mertua saya akan terguris pula jika saya bersuara.


Berbeza sekali dengan didikan yang saya terima daripada ibu dan ayah saya sendiri. Ibu dan ayah saya mendidik saya supaya sentiasa berkongsi sesuatu (yang boleh dikongsi) dengan orang lain. Pendidikan yang diberi bukan sekadar lisan di bibir tapi secara praktikal. Saya diajar berkongsi harta benda dengan adik beradik yang lain, berkongsi ilmu dengan kawan-kawan di sekolah, berkongsi tenaga mengerjakan sawah dan sebagainya.


Apalah salahnya berkongsi resepi. Itu juga salah satu cabang ilmu. Dan semua ilmu itu dari Allah belaka yang dipinjamkan kepada kita tapi kita seolah-olah menjadikan ilmu itu hak milik peribadi kita yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Ada masa kita berkongsi secara percuma dan ada ketikanya kita dapat bayaran tapi yang pentingnya kita sebarkan ilmu tersebut supaya orang lain juga boleh mendapat manfaat daripadanya.


Ilmu pengetahuan itu akan jauh lebih bermanfaat jika diamalkan. Hanya dengan cara kita mengembangkan ilmu tersebut kepada orang lain dan mereka pula mempraktikkannya, maka ilmu itu akan berterusan dan berkembang. Tindakan tersebut, di samping menjadikan kita lebih menguasai ilmu itu, kita juga mendapat keuntungan dari pelbagai aspek seperti aspek sosial dan financial. Namun yang terlebih baik dari itu semua ialah ganjaran pahala dari Allah. Ilmu yang dimanfaatkan akan menjadi pembantu kita apabila kita mati selain dari amalan yang baik dan doa dari anak-anak yang soleh.


Mungkin kisah Zul dan Fikri ini akan menunjukkan kepada kita di antara kesan dan kebaikan berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain. Zul dan Fikri, dua orang sahabat baik yang cukup mahir dalam memancing ikan. Jika ada acara pertandingan memancing, mereka berdualah yang selalu menjadi pemenang kerana mendapat jumlah ikan yang paling banyak.


Suatu hari, selepas pertandingan memancing, Zul dan Fikri didatangi oleh sepuluh orang yang baru hendak berjinak dengan aktiviti memancing. Tujuan mereka ialah untuk belajar dan mendapatkan tips memancing ikan. Zul, bagaimanapun menunjukkan reaksi yang kurang senang dengan kehadiran orang-orang tersebut. Dengan perasaan yang terganggu dia menolak permintaan mereka yang hendak belajar memancing dengannya.


Manakala Fikri pula menunjukkan reaksi yang sebaliknya. Dia berlapang dada untuk berkongsi teknik memancing ikan kepada sepuluh orang tersebut dengan syarat, masing-masing di antara mereka harus memberikan seekor ikan kepadanya sebagai bonus jika masing-masing berjaya mendapat sepuluh ekor ikan. Tetapi jika jumlah ikan yang ditangkap kurang dari sepuluh ekor, maka mereka tidak perlu memberikannya apa-apapun.


Syarat itu dipersetujui dan mereka pun belajar teknik memancing daripada Fikri dengan hati yang gembira. Mereka memancing selama dua jam. Masing-masing mendapat lebih daripada sepuluh ekor ikan. Fikri dengan mudah mendapat 'bonus' ikan dari pemancing-pemancing baru itu dan dia juga mendapat sepuluh orang teman baru. Sementara Zul yang kedekut untuk berkongsi ilmunya tidak mendapat apa-apa.


Kisah Zul dan Fikri adalah di antara contoh yang paling mudah yang dapat kita lihat jika kita berkongsi ilmu dengan orang lain. Kita tidak akan kerugian sedikit pun sepertimana yang selalu kita bimbangkan sebaliknya kita akan mendapat beberapa kebaikan dan ganjaran daripadanya. Jika kita ada menyimpan sikap kedekut untuk berkongsi ilmu, maka hari ini ubahlah sikap yang tidak membawa sebarang keuntungan itu. Berkongsilah ilmu kerana ilmu itu bukan milik kita seorang. Ilmu yang baik wajar disebarkan agar semua orang mendapat manfaat daripadanya


Untuk renungan bersama....walaupun sedikit, tetapi ilmu hendaklah dikongsi kerana itu semua adalah pemberian dari ALLAH SWT...



(Tazkirah) : Kata-kata Nabi Muhammad SAW menjadi peribahasa




Ibnu Abbas menegaskan tidaklah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad S.A.W. mengenai perkataan yang diucapkannya melainkan ia menjadi peribahasa.

Antaranya sabda Nabi yang bermaksud:

"Orang mukmin itu tidak disengat dua kali dari satu lubang"

"Orang yang berkuasa ialah yang boleh mengalahkan nafsunya"

"Sekarang peperangan menjadi sengit"

"Khabar itu tidak seperti melihat sendiri"

"Orang yang hadir melihat apa yang tidak dilihat oleh orang yang tidak hadir"

"Pemberi minum manusia adalah mereka yang terakhir minum"

"Andai kata sebuah gunung berbuat zalim kepada sebuah gunung lainnya nescaya Allah Taala sudah menghancurkannya"

"Perang itu membolehkan tipu daya"

"Mulai dengan diri kamu, kemudian orang yang menjadi tanggungan kamu"

"Bencana itu tergantung pada ucapan"

"Orang muslim adalah cermin orang muslim"

"Manusia itu sama seperti gigi-gigi sikat"

"Kekayaan yang hakiki adalah kaya jiwa"

"Meninggalkan kejahatan adalah sedekah"

"Pemimpin orang adalah pelayan mereka"

"Sesungguhnya daripada syair itu ada hikmah dan sesungguhnya daripada kata-kata yang indah ada daya pesona"

"Niat orang mukmin itu lebih baik daripada amalnya"

"Kasihanilah makhluk yang ada di bumi, nescaya kamu dikasihani oleh Tuhan yang menguasai langit"

"Penasihat itu diserahkan amanat"

"Selesaikan keperluan kamu dengan merahsiakannya"

"Siapa yang tidak menyayangi, dia pun tidak disayang"

"Orang yang menarik kembali pemberiannya seperti orang yang memakan kembali muntahnya"

"Orang yang menunjukkan kebaikan adalah seperti yang melakukannya"

"Cintamu kepada sesuatu menjadikan buta dan tuli"

"Setiap perbuatan yang makruf adalah sedekah"

"Menunda pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah kezaliman"

"Perjalanan itu sebahagian daripada seksaan"

"Orang mukmin mengikut syarat mereka"

"Manusia itu menurut asal-usulnya seperti asal-usul (sumber) emas dan perak. Yang baik daripada mereka pada zaman jahiliah adalah yang baik di antara mereka dalam Islam apabila mereka memahami agama"

"Kezaliman itu menjadi kegelapan pada Hari Kiamat"

"Hati manusia diciptakan untuk mencintai siapa yang berbuat baik kepadanya dan membenci siapa yang berbuat buruk kepadanya"

"Tidaklah mensyukuri Allah sesiapa yang tidak mensyukuri Allah dan sesiapa yang tidak mensyukuri manusia"

"Keadilan raja mengekalkan kerajaannya


Monday, October 11, 2010

10.10.10 Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum... ;)

Post ini dituju khas kepada sesiapa yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh cantik cun 10.10.10.

Tak kira lah siapa pun, yang penting selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke akhir hayat, teman dunia jua teman akhirat.Selamat menempuh alam rumah tangga yang penuh indah jua onak duri.. Yang penting ilmu agama yang penuh di dada, kesabaran, keserasian bukan kesensasian, penyayang, tolak ansur, saling mempercayai antara satu sama lain, bertanggungjawab dan sebagainya..
Ececeh banyaknya bukan apa senang nanti bakal suami saya baca, haa dia tahu apa yang dia kena buat.Sape yang bertuah tu ye.. hikhik.


Vahhh... Super grand, wedding of the decade.. 10.10.10. A handsome Datuk Dr Muszaphar Shukor and his beautiful lovely wife Dr Halina Yunos...Best wishes saya seperti di atas. Plus, semoga dilimpahi cahaya mata yang soleh solehah amin.

Jodoh pertemuan semua di tangan NYA.. the point is, love someone for who is he/she NOT what is he/she fullstop.

Assalam ;)


Jobstreet's Xhibition @ Mid


Assalamualaikum... ;)

Dah lama tak berblog.. Internet takde tu yang susah..

Semalam hari sabtu saya berpeluang ke MidValley. Ada pameran Jobstreet.com MCTF '10 dan 13th Post Graduate Education Fair '10. Dilangsungkan pada 8 - 10 hb. Bersama 2 orang lagi my bff, kami menempuh lautan manusia semata-mata untuk masuk pameran tu..Ya Rabbi, manusia punyalah bersesak sesuk... Macam sardin dalam tu.. Saya kat tengah terkepit-kepit.. Tolong .. Tolong.. I kena kepit ni.. Saya jerit dalam hati sambil-sambil berusaha gigih tolak menolak sesiapa yang menghalang perjalanan saya..Haa hamik ko sape suh pijak selipar beta.

Memang tak rugi pergi coz sangat-sangat banyak info yang saya dapat. Cenderamata pun dapat. Tambah lagi kebestan tu..

Tak terhabis nak pusing satu pameran tu.. Kaki I dah bagi isyarat rehat... Lenguh cik kak..Destinasi seterusnya mestilah cari pit stop untuk makan.. Kami ke Rasamas sebab before xpernah lagi cuba hik hik..

Act, hari yang sama , kawan saya punya birthday.. Alang-alang pun celebrate sekali. Tapi  muka masing-masing kepenatan.. kesian dia.. Sampai je makanan, saya terus sambar air. 



birthday girl mahlu mahlu kuhcing

selamat hari lahir yang ke 21 buat kawanku Nor Nadiah binti Mansor
semoga panjang umur murah rezeki dan berjaya dalam hidup
semoga ALLAH SWT merahmati selalu amin ;)

semoga persahatan kita kekal selamanya..












Ok. Lepas sudah, kami ke surau yela tengok jam pun cepat je masa jalan yek. Dah nak Asar, Zohor belum lagi haishhh...
Sampai je, mak aiiiii biar betullllll.. Punyalah ramai manusia, sampai nak solat pun kena beratur nak masuk surau....bayangkan beratur kat ATM nak keluarkan duit sebab nak menderma, haa macam tulah beraturnya nak masuk surau..Punyalah panjang..

Lepas selesai tunaikan perkara wajib (sekali Asar terus senang), kami ke MPH. Tak sedar masa habis kat situ je. Baca buku sampai tak ingat, syok sangat.. 







Dari kiri diberi nama Nur Nadiah, dari kanan diberi nama Nor Nadiah. Nama ayah je berbeza.

saya beli buku ni.. saya syorkan setiap orang patut ada terutamanya bagi muslim. buatkan kita lebih berhati-hati semasa nak beli apa-apa nanti..



  Tengok jam alamak dah petang sangat. Puas cuci mata dalam MPH, berangkat ke ktm. 






Kitaorang datang berasingan, so saya yang sangat cerdik berbanding 2 orang lagi kawan saya tak beli terus tiket balik. Diorang dah beli awal so saya hye hye bye bye assalamualaikum dulu kat diorang sambil muka sedih cuak sebab dah tinggal sorang kepenatan nak beratur oh mamaku panjang nyerrrr lebih panjang dari kat surau tadi.

Pas beli, turun nak dapatkan driver tapi tengok tu...

saya di utara awak di timur..kabur sikit sebab jauh 2 batu.





eh eh, diorang tak gerak lagi. Maklumnya ktm ke seremban sangat-sangat lambat. Rasa-rasa saya beli tiket tadi dah nak dekat setengah jam yela asyik-asyik tengok jam.. balik lewat ni tak biasala ececeh dah sorang-sorang pulak tu. Ramainya orang.. Nasib way saya ke pelabuhan klang tak terlalu padat sangat.Diorang gerak je beberapa minit, driver saya pun sampai. oyehoyeh..

Sampai je rumah terus berkejar bilik air. Maghrib, tunggu saya duluuuuu......Jerit saya sekuat hati...

Setakat tu je, malam tidur awal dari biasa..Kaki lenguh berbaloi.


Assalam ;)

SecubitSegenggam : Twin I tak dapat join hari sabtu coz kerja, dia cakap nak pergi hari ahad. Tak dapat bayangkan.. Mesti separuh manusia kat bumi dia jumpa..Selamat menempuh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...